Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Saturday, August 20, 2016

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari

Assalammualaikum



Moh cuba Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari


Kalau tak dapat hadiah pon  dapat tambah follower pon  jadiklah  ;)







Syarat penyertaan :-
1. Terbuka untuk semua yang berwarganegara Malaysia
2. Follow blog Jepun Mari
3. Janji ada blog, boleh join.
4. Buat satu entry bertajuk ' Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari '
5. Copy banner di atas dan buat back link ke entry ini.
6. Publish kan entry dan hantar kan ke ruang komen di bawah.



Sekian terima kasih.

Setelah Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum

Hai hai!

Lamanya tak menulis kat sini  setahun berlalu blog ni pun dah berhabuk... kena lah gosok- gosok tangan mencari masa dan ruang untuk menulis kembali.Setahun berlalu banyak perkara yang berlaku dan pastinya penuh kat kotak ingatan..tang mana ek nak dimulakan cerita... Cik Sal pun blur kejap
yang syoknya  Cik Sal nak hebah kan... yang Cik Sal dah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama 'Ilman Niqrees.. dah 5 bulan  dalam jagaan kami. Punyalah seronok si Eryna dapat adik. 
Alhamdulillah, dah bertambah bilangan ahli keluarga kami. Seronok sangat.
Okay lah  setakat ni dulu ya... nanti Cik Sal update lagi.
Cik Sal tinggal kan dulu entri ni seketika... ada masa dan ruang Cik Sal jengah kembali.. 

Thursday, June 18, 2015

Hadiah Top Komentor

Assalamualaikum



Kali ni nak cerita pasal hadiah yang Cik Sal dapat daripada dr.shikin.. menjadi follower dr.shikin sejak tahun lepas , rentetan dok membaca entri berkaitan hal dan cara merawat  jika anak jatuh dari tempat tinggi cth dari katil. Bila dah baca satu entri, tertarik plak baca entri yang seterusnya, yang paling best banyak info yang kita dapat bila baca. Lagi - lagi bila dr.shikin menyentuh bab perubatan.


Percaya atau tak punyalah gigih Cik Sal membaca sambil tinggalkan komen ,tak sangka tersenarai plak dalam top komentor. Tu yang semangat lain macam tu ..heee.
Bagi yang belum follow blog dr.shikin boleh klik sini .


Ok, kat bawah ni hadiah yang Cik Sal dapat untuk setakat ni.







1) Hadiah yang ni  dapat pada  isnin lepas.. punyalah berkobar semangat .. tak sabar nak balik umah nak buka parcel. Sekali bukak, tapawe + nota kecil+ face mask .
Alhamdulillah, rezeki.. Rasa sayang plak nak guna, simpan buat koleksi je kot ;)






2) Hadiah ni plak dapat pada tahun lepas. Ada 4 buah semuanya. Sayang lak nak guna... yang ni pon simpan jugak. Buat koleksi..



Akhir kata .... 



Terima kasih kak shikin ... semoga akak terus sukses dalam kerjaya, dipermudahkan urusan seharian , diberkati & dirahmati



Daaaaaaa
tataaaa



Wednesday, May 27, 2015

Lantunan Rasa


Assalammualaikum..

Bila kita dihimpit dengan rasa bersalah,
Yang dimulai dengan empati dari dalam diri ,
Sebaik mungkin kita cuba untuk mengawalnya..
Agar rasa berbekas di hati tak memuntahkan rasa kesal 



dan



menyesal..


Dua hari yang lalu, setibanya kami di sebuah kedai makan  dan  pekerja pun mula mengambil order, terlihat akan figura manusia , anggaran umur lebih kurang 20-an gitu, ataupun masih muda belasan tahun.


Dari satu meja ke meja lain, dia datang dengan bergalaskan beg dibahunya, sekeping kad yang  dipegang bersama sebuah bekas... permulaan bicara yang penuh santun..namun, senyuman yang diukir terlihat pahit ..
Ada hati yang memahami, 
lalu 
dihulurkan
 seikhlas hati... 

Dan, kami juga tak terkecuali...  dihulurkan tanda memahami.. saat figura itu hilang dari pandangan, terjentik di tangkai hati.. 
perasaan yang bercampur- baur
Simpati?
 Sedih? 
Empati yang meninggi?
 Kenapa? 
Mengapa? 
hmmm,
 semuanya ada...



Doa Merawat Batuk & Selsema





Assalammualaikum..


Lamanya tak  hapdet entri baru.. dek kerana kemalasan melanda... dan kesihatan diri  agak terjejas sejak dua menjak ni.. malasnya nak menulis, ditambah plak dengan  cuaca yang tak menentu,  panas hujan berembun bagai, badan pun seolah tak mampu bertahan..
Akhirnya, hidung pun sok sek sok sek.. batuk pun  mengadun. 


Eryna plak baru je sembuh dari demam , hampir 2 minggu juga demamnya berlanjutan.. demam bercampur,tumbuh gigi geraham dan barangkali demam terkejut pun ye jugak.. 
Alhamdulillah, dah kembali sihat ..
janganlah meragam ya Eryna, minggu depan awak dah nak masuk sekolah ;)


Walaupun tak menghapdet entri baru, Cik Sal rajin juga belek2 akaun nufnang, rata- ratanya banyak carian berkisar  tips merawat demam , batuk & selsema .
Musim agaknya..


Disebabkan terlalu rajin berfacebook , akhirnya terjumpa doa merawat batuk & selsema di page Anugerah.
Bolehlah diamalkan , selain kita berikhtiar guna rawatan moden .


Oklah, setakat ni je dulu bebelan Cik Sal.. 




Friday, March 13, 2015

Dugaan Seorang Penulis - Bahagian 2

Assalamualaikum...


Angin sepoi-sepoi bahasa, kedengaran tapak kaki di lantai luar, siapakah gerangannya?? Aaar kucing ni, monolog hati kecil Jemah.
Hari sudah lewat malam...


Baru nak masuk perenggan kedua, mata dah ngantuk....










Monday, January 19, 2015

Petua Hilangkan Selesema & Batuk

Assalammualaikum..

Hari ni dah 2 hari Eryna demam, selesema dan batuk, hidung dok berair je .. baru je sembuh hari tu, tup tup kena balik. Semalam lepas balik kampung , sampai je Melaka mula dah meragam, badannya tak selesa, hidung berair, tekak dah mula gatal dan berkahak.
Kelmarin dah bawak pergi klinik , masa tu demam je lah, tapi doktor tu bekalkan sekali ubat selesema + batuk. Kali pertama tu kira ok lagilah  Eryna mamam ubat, masuk kali ke -2 habis dilueknya, keluar segala lendir-lendirnya. 

Alhamdulillah, pagi tadi demamnya dah kebah, tinggal selesema dan batuk ja.. kesian plak tengok Eryna,batuk  berlawan-lawan bunyinya... terus bagitahu bos , amik cuti. 

Pagi tadi, sebelum suami pergi kerja .. minta suami belikan daun pucuk ubi + kaduk. Ni , pun tahu ada kawan tempat kerja  yang bagitahu, kalau dah bagi ubat macam tak berapa nak kurang je, gunalah petua orang dulu-dulu.. kita cuba je, ikhtiar.. 

Katanya , amik daun pucuk ubi + kaduk tu  ramas-ramas  dengan kapur makan , ramas sampai keluar air  hijau keruh , lepas tu sapu di dada, belakang, perut  dan tengkuk , kena rajin ulang sapu bila air sapuan tu kering, Nanti boleh lihat,  batuk makin berkurang dan beransur hilang ... dan ada lendir keluar bersama najisnya. 

Yang lain ni Cik Sal tambah ikut kebiasaan yang diamalkan


1.  Boleh juga diberi madu + perahan limau nipis , tapi yang ni Cik Sal tak bagi kat Eryna , sebabnya Eryna masih kecil lagi... kalau orang dewasa tu digalakkan untuk minum. Kalau susah sangat nak cari madu , beli je madu hurix .. telan je. Mujarab!


2. Daun bunga tahi ayam , tang daun ni mana nak dapat, bunganya pon susah nak jumpa.. kalau kat kampung berlambak ada kat tepi jalan.. kalau ada jumpa pokok ni , daunnya pon ramas-ramas dengan kapur sapu di dada, peurt, dan tengkuk.


3. Kismis, Kalau anak dah pandai mengunyah amalkan makan kismis sebanyak 21 kali setiap hari, Rasanya orang dewasa pon boleh juga amalkan, boleh jugak hilangkan balgham atau lendir kahak tu.


4. Untuk hilangkan selesema plak, Cik Sal selalu amalkan kunyit hidup yang dibelah 2 oleskan sikit kapur makan, dan sapu kat batang hidung , bila kering je sapu lagi.. dan lagi.. sampai sembuh seperti sediakala.. 


Hmmm , galau rasa hati tengok anak tak sihat.. semoga Eryna cepat sembuh ya..