Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Tuesday, May 17, 2011

Awet Muda

Awet muda.. semua orang nak jadi muda selalu kan walaupun umur dah menginjak dan bertambah dari satu anagka ke satu angka ...Kat bawah ni adalah sedikit tips untuk kekal awet muda..jum buat ....

Cara - cara :

1) Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali
2) Gunakan jari Telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu . Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3) Lakukan setiap pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat , jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4) Sejurus bangun pagi baca doa , amalkan sebelum mandi pagi dan gosok gigi. Masukan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian barulah menggosok gigi.

- Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar , kemudian barulah menggosok gigi.
- Baca Ayat 35 hingga 38 surah Al- Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama , mulakan dari kepala.
- Setelah solat subuh , bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
- Setelah itu , lakukan senaman ringan . Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput . Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
- Amalkan memotog kuku atau rambut pada hari -hari baik iaitu isnin, khamis dan jumaat.
* Amalkan memotong dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

- Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf A.S . Amalkan setiap pagi.

- Ketika makan , janganlah disulam dengan air.
- Minumlah setelah setengah jam selepas makan
- Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah
-Amalkan solat Tahajud.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Sentiasa tenang dan bersikap positif~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah
Maafkan semua orang sebelum tidur.


Petikan dari : Artikel , iluvislam.com


No comments:

Post a Comment

Terima kasih !