Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Wednesday, July 11, 2018

Syawal ~

As salam

Masih lagi dibulan syawal walaupun masih berbaki beberapa hari je lagi. Tahun ni syawal dah tak sama seperti 3 tahun lepas kalau dulu sambut syawal adanya ayah disisi, tapi kali ni syawal disambut bersahaja je.

Diraikan tanpa ayah yang telah pun meninggalkan kami setahun nan lepas.. dan tahun lepas jugalah kami diuji atas kehilangan ayah tercinta dan dihadirkan pula seorang bayi comel yang kewujudannya tanpa disedari sehinggalah usia kandungan mencecah ke 5 bulan lebih. Kalau syawal tahun lepas beraya seminggu dan terus serah diri untuk czer kali ni punya syawal plak beraya sakan ke hulu ke hilir, tapi syawal tetap disambut hiba dan sesaknya jiwa..
perasaan dan rasa kekurangan orang tersayang memang dirasai.. bolehlah dikatakan sambut syawal hanya untuk meraikan perjuangan sebulan berpuasa(walaupun puasa tak penuh pun) dan meraikan sebab nak bagi anak-anak gembira, keluarga dan sanak saudara..

Sedih ya sedih.. tak tipu, tapi tu lah hidup tu lah perasaan yang dinamakan rindu. Rindu pada yang telah tiada, tapi siapa kita nak menolak takdirnya.. Suatu hari kita juga pasti ke sana. Dalam meniti usia yang makin bertambah ada satu saat dan tika kita lebih memikirkan kegembiraan insan-insan yang dalam tanggungjawab kita untuk menggembirakan mereka.. bukan hanya wang ringgit dan harta kebendaan tapi PERHATIAN dan KASIH SAYANG.

Syawal seindah namanya.. walaupun begitu dibulan syawal yang lalu lahirlah seorang bayi comel diseminggu syawal   bersamaan 3 julai 2017, yang  diberi     nama             'Aakif Fawqaniy b. mohd Nazren.

 Kehadirannya pengubat segala rasa sedih setelah satu nikmat dunia yang Allah pinjamkan kepada kami Allah simpan di sana. Moga Allah cucuri rahmat ke atas arwah ayah Razak bin Ujang diampunkan dosanya, diluaskan maghfirah buatnya, dan ditempatkan  dalam  kalangan   yang beriman.    Amiinn ya rabb

2 comments:

  1. Alhamdulillah, lahirnya si kecil ubat rindu ubat sedih. Tahniah untuk ahli keluarga baru 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Kak Farrah MF

      Delete

Terima kasih !