Hanya Tinggal Kenangan :)
Hai readers , hahaaa... ada ka yang tumpang lalu untuk membaca . Its okay ,kita teruskan dengan kisah yang Cik Sal nak ceritakan walau sekejap cuma .Actually Cik Sal nak cerita pasal kenangan Cik Sal bersama kawan - kawan baik Cik Sal . Cuba tengok gambar di atas , sweet kan kami nampak ayu dan manis bila berbaju korporat dan bertudung merah jambu . Gambar kat atas di snap oleh Amir , Dude kami yang baik hati :).
Masa ni selepas bersiap - siap untuk bergerak ke Beranang, Site visit ... Segak kan Cik Sal, Cik Salmah dan Cik Jah .
Pagi tu Cik Salmah masak jemput - jemput bilis , lada besar, dan daun sup ..sedap sangat jemput - jemput Cik Salmah :)
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Ni lah rupa jemput jemput sedap Cik Salmah :)
Bersemangat betul Cik Sal dan Cik Jah makan, arrrrr lupa lahhh jemput jemput dengan , air barli sedap Cik Jah bawak dari rumah beliau... hehehehhe, best best ..Alhamdulillah , Tapi lupa nak tangkap gambar jug air yang berisi air barli tu.. Air barli memang kegemaran Cik Sal :).... air barli baik untuk kesihatan perut.
Okay, dah setel bab makan. Sekarang ni Cik Sal nak sambung balik , apa yang sedang bermain di dalam hati Cik Sal... untuk pengetahuan , sekarang ni Cik Sal sibuk mengemas rumah , turun naik bawak barang coz kena pindah rumah baru ekoran daripada kontrak sewaan telah tamat ...sedihnya Cik Sal rasa, teramat sedih.. sudah 4 tahun Cik Sal duduk di rumah tu..pahit manis semuanya tersemat indah di minda Cik Sal . Apa yang pasti sekarang ni hanya tinggal kenangan ,
Sebelum ni Cik Sal ada 4 orang kawan dalam rumah, maksudnya Cik Sal tinggal bersama 4 orang rakan lagi.. Campur Cik Sal ada 5 penghuni lah dalam rumah tu, tapi sekarang ni seorang kawan kami sudah mendirikan rumah tangga, tinggal lah 4 orang sahaja....iaitu Cik Sal, Cik Salmah Cik Fanaaa , dan Puan Linda, rite now Puan Linda pun dah bercuti untuk melahirkan baby sulongnya pada tanggal 23hb mengikut kiraan doktor yang bijak pandai itu , tapi sebelum Puan Linda cuti bersalin, suka nyakat beliau supaya baby beliau lahir pada 18hb Julai ..hehehheheheh, supaya sama dengan tarikh lahir Cik Sal.. ada ka patut ..hahhahahhaha, agak janggal plak bila menggelarkan kak Linda dengan panggilan Puan Linda,, hahakkkkk.. semoga kak Linda dipermudahkan urusan untuk melahirkan babynya, aminn.
Malam berlalu seperti biasa, tinggal lah kami bertiga di rumah... duduk bertiga je weh..rumah besar.. boleh main badminton lagi..hehehehe, main kejar kejar pon boleh ja :). Sudahnya, sekarang ni tinggal Cik Sal , Cik Salmah dan Cik Fanaa, oopsss.. actually ... ada lagi beberapa staff, tapi depa duduk rumah atas, kami rumah bawah ...malam tadi selepas membaca surah yassin sempena mengimarahkan malam nisfu syaaban.. Cik Sal lihat, Cik Salmah dah susun barang barang beliau untuk di bawa ke rumah barunya ( tinggal bersama dengan Cik Jah di Garden Homes ) . Nak dijadikan cerita, apabila Cik Sal balik ja rumah petang ni.. Cik Salmah sudah tiada di rumah ..hanya tinggal Cik Sal dan Cik Fanaa.. huwaaaaaaaaa, sedihnya.. siapa nak teman Cik Sal makan bila berbuka puasa, siapa nak teman Cik Sal bila Cik Sal menyanyi , dan siapa nak teman dan sudi pinjamkan telinganya untuk dengar Cik Sal membebel cerita itu dan ini,
Hanya tiggal kenangan, semalam Cik Sal berbuka puasa bersama dengn Cik Salmah.. sembang itu dan ini, gelak sama sama, gossip sesama, mengemas rumah sesama, buang sampah sama sama.. dan bila esok, Cik Sal dan Cik Salmah dah tak dapat buat semua benda tu sama sama lagi... hanya tinggal kenangan :)
Emmmm, rasanya dah sampai masa kot.. Cik Sal duduk berjauhan dengan Cik Salmah ... alahhh, kat opiz jumpa jugak kan t ... untuk menyedapkan hati ..walawehhhh, air mata ni dah mula bergenang dah... huhuuu, after lunch hour tadi Cik Sal , Cik Fanaa, Cik Hajar, Cik Ros, Cik Fina,dan Cik Yus pergi site visit tengok rumah baru kami, rumah yang telah di sediakan oleh company kami...Alhamdulillah, :)
Sesungguhnya, Cik Sal rasa kehilangan.. tiada tempat untuk Cik Sal bercerita dan berkongsi cerita.. dulu lain adanya Cik Salmah..tapi sekarang ni.........Rasanya, Cik Sal patut mengaktifkan kembali menulis diari pemberian En.Tunang.. Mujur ada tv, hahahhahah..hilang sikit rasa sedih tu.... buat kawan kawan yang bakal menginap bersama Cik Sal, Selamat datang diucapkan..semoga ukhuwah yang terbina ikhlas kerana Allah s.w.t..
Buat Cik Salmah, terima kasih sebab jadi kawan baik Cik Sal semasa kita menginap bersama :)... nanti tak da siapa nak teman Cik Sal buat muka seposen ..tak da orang nak tanya Cik Sal.makan apa hari ni ?masak apa? mesej dengan tunang ka tu ? kini semuanya hanya tinggal kenangan :)
Gambar Cik Sal & Cik Salmah :)
Tapi bila difikir semula, hidup kita begini lah putaranya... sekarang ni Cik Sal sudah bertunang, bila mengingatkan yang Cik Sal akan berumahtangga pada penghujung tahun ni...Cik Sal rasa, biarlah Cik Salmah pergi menginap di Rumah Cik Jah :)
Setidak tidaknya, kelak Cik Salmah tidak kalut kalut untuk mencari teman di kemudian hari.. nanti sudah tentu Cik Sal akan berhijrah ke Melaka mengikut suami , InsyaAllah dengan IzinNya.. dan Cik Salmah sudah tentu punya rancangan tersendiri :)
Melirik lirik mata memandang, memandang di segenap penjuru tempat yang kita pernah lewati bersama, mengimbau kembali kenangan bersama, sudah pasti ianya kini hanya tinggal kenangan :)
Terima kasih Cik Salmah :)
P/s - Kenangan Terindah , simpan ia di dalam kotak minda kita :)
comel je pic..hehe
ReplyDelete