Syawal 2022

 Assalammualaikum..

Hai semua, lap habuk kejap. Kejap je dah bersarang. Selesai beraya lebih kurang 14 hari  dah menyambut syawal.

Sebelum raya, 

Memang dah menjadi kebiasaan tiap tahun memang ambil order untuk tat nanas dan cookies, tapi tahun ni hanya 20 order je itupun rasa separuh nyawa ku hilang sudah baa..

Nak dijadikan cerita, malam raya iaitu masa diumumkan raya pada hari isnin, Farah masih lagi  sakan menggelek doh  dan gentel inti. Kebetulan masa berbuka tu memang terus buka tv3, jadinya menunggu dari siaran tu je lah. Tengah syok menggentel inti, mak dan adik telefon sambil tanya tengah buat apa. Eh dah tentulah menyiapkan order.  Diaorang ni plak dah lah gelak - gelak besar semua. Lebih kurang pukul 12.00am macam tu siap kemas, siapmasak semua bertolak balik Gemas, dah hantar kuih raya, duit raya, bertolak plak ke Rengit kampung suami, sampai di Yong Peng lebih kurang jam 6. 00am. Usai solat subuh meneruskan perjalanan ke kampung beliau dan mata melilau smabil mencari lemang. Hahaa.

Sampailah kami jam  7.30am pagi dikampung dan seperti biasa pagi raya bersiaplah macam orang tak bersiap dengan muka tak cukup tidur.

Pagi syawal pertama, rutin biasa bergambar, makan-makan dan ziarah. Habis ziarah kami ziarah kedai kasut plak sebab kasut anak-anak tak sempat berganti baharu. Punyalah kalut pagi raya tuh. Hurm. Semuanyalah kalut.

Petang raya ke3 dah bergerak pulang ke Gemas, dan esoknya meneruskan lagi aktiviti ziarah ke rumah makcik belah arwah ayah.  Sabtu petang pulang ke Melaka, berehat dan mengemas sebab isnin ank - anak dah sekolah.

Duit raya

Berian duit raya setiap tahun memang suami yang akan allocate lebih sebab anak buah pun dah bertambah, anak- anak pun rezeki mencurah-curah, Alhamdulillah meriah betul dapat duit raya tahun ni.

Baju raya plak

Baju raya tahun ni kita guna tema tahun lepas sahaja, cuma baju raya Farah dan anak perempuan je bertukar. Tapi tu pon cari  dipenghujung waktu di bazar Mydin. Memang lari temanya. Nasiblah.

 Begitulah perjalanan raya kalut 2022 tahun ni walaupun begitu, masih tetap meriah dan dapat berkumpul semua. Selamat hari  raya korang. Raya masih berbaki lebih kurang seminggu je lagi. Pulunlah beraya. 

1 comment:

  1. tau-tau dah nak habis raya dah. walaupun kalut tapi meriah tahun ni

    ReplyDelete

Terima kasih !