Apabila Flu Datang Menjengah
Assalamualaikum..
Sudah hampir ke penghujung januari, kejapnya kan..tuptup dah tengah tahun.
Bila dah nak hujung bulan ni, anak pun dah nak menginjak ke 5 bulan . Alhamdulillah, semakin membesar .
Dalam pada tu dugaan demam menjengah lagi,
Sok sek sok sek hidung ni dok menahan selesema .
Kejap kejap kang attchumm!
Bersin!
Tekak pun mula menunjukkan rasa perit , kering kesat2 gitu..
Memang tak selesalah kan.
Mulanya bangun pagi tu, ingatkan hidung rasa gatal2 biasa je..berair tu ada tapi tak lah sampai kena pegang tisu kan..
Pagi tu gigihkan jugak diri untuk siapkan keperluan pagi .
Bila dah ke petang , rupanya makin menjadik-jadik plak virus ni .
Pulang ja suami dari tempat kerja , usai solat maghrib terus ke klinik panel suami.
Sampai ja klinik, memang ramailah org yang tengah menunggu giliran ..dari yang bayi sampaiah dewasa.
Rata-ratanya semua sama, demam, selesema + batuk .
Ikutkan hati tak nak pun pergi klinik, tapi dek kerana virus ni boleh berjangkit ..kenalah jugak pergi memikirkan anak yang masih kecil barangkali mungkin boleh berjangkit jugak.
Mujur masa tu , selesema baru nak menjadik.
Batuk plak seakan-akan mahu menjengah .
Mujur jengah kemudian hilangkan diri terus.
Kejadian di klinik,
Dibekalkanlah ubat demam, ubat selesema, vitamin C dan ubat batuk .
Nasib menyebelahi , anak sihat ja masa tu..
Setibanya di rumah, cek baliklah ubat2 yang dibekalkan..
Adei, ubat sakit tekak plak tiada dalam bekalan. .
Tak silap masa doktor tu tengah tulis ubat yang sesuai ,
ada dinyatakan sekali .
Bertabahlah Cik Sal .
Nak ulang- alik pergi klinik, memang tak lah kan.
Malasnya.
Makan je lah ubat yang dibekalkan .
Alhamdulillah , sembuh dah .
Makan 4-5 hari gak lah dok sok sek sok sek .
Huhuu.
Selang beberapa hari tu, anak plak selesema.
Pagi tu sebelum mandi , kebiasaannya Cik Sal akan kemaskan telinga , hidung bagai dulu .
Bila dah nampak ja hidung anak ni seakan2 berair terang ja.
Mulalah cemas .
Bingung kejap, nak buat camana ni ek ?
Mandi kan jugak lah, pastu cecepat pakaikan baju letak minyak bagai ,pakai stokin kaki tangan semua .
Tidur pun bedungkan sekali.
Tapi pagi tu memang sejuk betullah.
Andaian pertama, mungkin anak sejuk kot.
Tu yang berair kot hidungnya.
Diamkan lagi.
Malamnya plak , lebih kurang pukul 10.30malam cenggitu.
Tengok anak , macam ada bunyi sok sek sok sek gak.
Terus cakap kat suami ..siap2 bagai terus g klinik .
Mujur klinik panel suami 24jam.
Alhamdulillah, dibaginya nasal drops.
Selepas 12jam, ulang 2kali titik kiri kanan.
Risau sangat bila anak tak sihat,
Sebabnya Eryna masih kecik,
Mujur dia tak demam .
Cuma selesema ja.
Lepas tu bersin.
Bila dah bersin tu , memang kena berjaga2lah .
Dan sampailah ke hari ni, Eryna dah selesema 3hari.
Nampak sikitlah perubahan, berair tu dah kurang ..
Cuma bersin ja.
Moga cepat sembuh ya .
Dalam selesema dan demam bagai ni , ada gak lah yang bagi petua ..
suh minum air limau nipis + madu, dan
minum madu tiap pagi .
Terima kasih ! :)
Itu memang diamalkan , tapi bila demam ja lah..
Last buatkan untuk suami tahun lepas,
Demam nak jadi bapa budak agaknya , Hehee.
Minuman tu hanya untuk orang dewasa je ya.
Syuuhhhh syuuhhh, pergi jejauh flu..
Emmm, baru perasan yang suami rilek ja ..
sok sek sok sek pun tak..
Kuat antibodinya :)
Jarang demam, tapi kalau dah demam ..
Suh makan ubat , kalau tak paksa ..memang taklah dimakannya.
Simpati sangat dekat kawan kepada suami..
yang anaknya baru 3bulan kena jumpa pakar akibat selesema yang dialaminya ditahap membimbangkan.
Mana tak risau bila benda2 macam ni menduga.
Dapat2 plak bila musim demam, selesema batuk bagai .
Tapi rasanya sekarang tengah musim demamlah.
p/s - Beria2 ambik ubat kat klinik, sudahnya tak makan pun ..HUhuu. Dok telan vitamin C ja..Kikikii. Tak suka makan ubat pun. Untuk selesema guna anaknya ja..titik kat hidung .
Post a Comment