Ujian Imbasan 3D & 4D
Assalamualaikum..
Doktor menyarankan para ibu melakukan ujian ini ketika usia kandungan sudah masuk 26 minggu hingga 30 minggu. Ini kerana sebelum usia tersebut, bayi mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulit, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit.
Selepas 30 minggu, kepalanya mungkin telah masuk agak dalam di pelvis ibu. Ini menyebabkan ibu mungkin tidak dapat melihat wajah bayi. Selain memeriksa keabnormalan bayi dan jantinanya, ibu ayah pasti ingin melihat wajah bayi menerusi ujian imbasan ini.
Bagaimanapun bukan kesemua ujian imbasan 3-D dan 4-D yang dilakukan berjaya melihat wajah bayi. Semuanya bergantung kepada posisi bayi sendiri. Sekiranya dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion mengeliling raut muka, anda berpeluang melihat mukanya dengan jelas.
Tetapi sekiranya dia terbaring menghadap belakang ibu, atau tidak begitu banyak cecair mengelilingi, atau ibu sendiri mempunyai banyak lemak perut, kemungkinan wajah bayi tidak dapat dilihat.
Untuk pengetahuan, ujian imbasan ini selamat dilakukan seperti ujian imbasan normal. Oleh itu ibu tidak perlu risau untuk mencuba melakukannya kerana ia pengalaman indah paling berharga.
Seronoknya .. pakat-pakat kumpul dan jadikan kronologi beserta gambar anak membesar. Jadi koleksi untuk anak bila dah besar kelak..
Credit to - Persatuan Ibu-Ibu Comel Hamil
Ujian Imbasan 3D & 4D
Bestnya jadi ibu hamil .Kita berpeluang melihat perkembangan anak dalam janin dalam keadaan yang hampir terperinci. Semuanya dengan kemudahan teknologi imbasan 3D dan 4D.
Namun, apakah sebenarnya teknologi imbasan 3-D dan 4-D ini?
Apa pula perbezaan antara keduanya dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukan ujian ini?
Ujian imbasan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, sama seperti gambar-gambar yang kita lihat dalam surat khabar dan majalah.
Sementara ujian imbasan 4-D adalah imej 3-D bayi yang bergerak. Sekiranya ibu membuat ujian imbasan ini, doktor akan membekalkan rakaman CD atau DVDnya untuk simpanan peribadi.
Menerusi ujian imbasan 3-D dan 4-D, bakal ibu dan ayah boleh melihat keadaan kulit bayi menutup organ-organ dalamannya. Bahkan yang paling istimewa, boleh melihat bentuk mulut dan hidung bayi dalam rahim, atau mungkin jika bertuah dapat menyaksikan aksinya menguap atau menjelir lidah.
Ujian imbasan ini membantu memberikan maklumat tambahan tentang keabnormalan bayi dalam kandungan. Oleh kerana gambar yang dihasilkan sangat terperinci, maka ia membantu dalam diagnosis masalah seperti bibir sumbing atau melihat jantung dan organ-organ dalaman lain.

Masa sesuai
Doktor menyarankan para ibu melakukan ujian ini ketika usia kandungan sudah masuk 26 minggu hingga 30 minggu. Ini kerana sebelum usia tersebut, bayi mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulit, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit.
Selepas 30 minggu, kepalanya mungkin telah masuk agak dalam di pelvis ibu. Ini menyebabkan ibu mungkin tidak dapat melihat wajah bayi. Selain memeriksa keabnormalan bayi dan jantinanya, ibu ayah pasti ingin melihat wajah bayi menerusi ujian imbasan ini.
Bagaimanapun bukan kesemua ujian imbasan 3-D dan 4-D yang dilakukan berjaya melihat wajah bayi. Semuanya bergantung kepada posisi bayi sendiri. Sekiranya dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion mengeliling raut muka, anda berpeluang melihat mukanya dengan jelas.
Tetapi sekiranya dia terbaring menghadap belakang ibu, atau tidak begitu banyak cecair mengelilingi, atau ibu sendiri mempunyai banyak lemak perut, kemungkinan wajah bayi tidak dapat dilihat.
Untuk pengetahuan, ujian imbasan ini selamat dilakukan seperti ujian imbasan normal. Oleh itu ibu tidak perlu risau untuk mencuba melakukannya kerana ia pengalaman indah paling berharga.
Seronoknya .. pakat-pakat kumpul dan jadikan kronologi beserta gambar anak membesar. Jadi koleksi untuk anak bila dah besar kelak..
Mesti anak kita bangga bila tengok mak ayah dia simpan segala momento dan secara tak langsung benda gini akan jadi kenangan sepanjang warisan :)

Post a Comment