Kadang-Kadang Kita Tak Terfikir Pun ..


Assalamualaikum..


Sambil dok kemas-kemas buku kat rak bacaan, tetiba terselak plak info yang kadang-kadang kita sendiri tak pernah terfikir..
Melainkan kalau INFO tu ada yang kita maklum sendiri melalui pembacaan atau carian di laman maya..
Kadang-kadang tu tak ada terfikir pun nak carikan..Hahaaa.






 Kita mula dengan KASUT
Selalunya masa kita nak beli kasut tu, kita akan sarung je kan pastu tengok keselesaan samada tumitnya tinggi atau rendah atau rata.. SEbenarnya ada cara yang mudah bagi mengetahui jenis kasut yang sesuai buat kaki kita
* Caranya- Pijak saja tuala basah. Kemudian lihat kesan yang terbentuk dari tapak kaki. Jika ia melengkung spt bulan sabit, maka kita memerlukan kasut yg mempunyai pelapik.
Jika leper cari kasut khusus untuk menstabilkan tubuh dan paras ketinggian kita..:)




 CICAK 
Tengok cicak boleh melekat kat dinding pastu jatuh kat lantai poeekkk , dan kadang-kadang kita tak terfikir pun yang kat kaki cicak terdapat bulu-bulu halus ..tu sebab ia boleh melekat .
Cer tengok cicak kat dinding jap..Hahaaa




TIDUR
Semua oarang tidur bila tiba waktu malam,  t/hari pun tidur seketika bagi menunggu waktu solat zuhor, dan selepas kita dah bangun tidur pun kita masih lagi nak tidur, dalam kelas pun boleh tidur jugak..dann yang paling best jugak bila menonton televisyen pun kita boleh tertidur..hahaaa.. dan infonya ialah 
Manusia menghabiskan satu pertiga daripada kehidupannya dengan tidur..




ANAK TUPAI 
Cik Sal sendiri tak pernah tengok anak tupai masa ia tengah kecik ..
Untuk pengetahuan anak tupai yang baru lahir mengambil masa hampir 3 minggu untuk membuka matanya.




Untuk hidup lebih lama , kita memerlukan empat PELUKAN sehari, manakala jika kita inginkan kesihatan yang berpanjangan peluklah keluarga kita lapan kali sehari. Nak bertambah awet muda lagi dan bahagia setiap masa ..kita perlukan 12 kali pelukan setiap hari.. lelebih pun tak pa.. 
Dah tunggu apa lagi , g lah peluk insan tersayang  ..kikikiii



Dah .. itu je .. hihii
sekadar info   :)


Sumber : Majalah DARA.COM

3 comments:

  1. Assalamualakum cik sal... sey dh follow ur blog... hehehe

    -kak sarah :)

    ReplyDelete

Terima kasih !