Panduan Mendaftar Kelahiran / Kelahiran Mati
Assalamualaikum..
Bersemangat nak menulis
Tajuk seperti di atas
Olahan dan kupasan akan diringkaskan bagi mudah faham..
Sekadar berkongsi.
Okay , kita teruskan dengan tajuk di atas..
Bagi yang bakal menyambut kelahiran pada tahun ni. Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan . Semoga anak yang lahir kelak sihat dan comel - comel belaka .
Berbalik kepada tajuk di atas.. ni yang susah kalau dah terpesong jauh ni..hahaaa. Cik Sal nak kongsi tipslah kot kiranya bagi mendaftar kelahiran ..
Okay, mula-mula..
Selepas kita dah dibenarkan keluar hospital, kita akan berurusan dengan pihak kaunter wad dahulu ..slip bayaran bil wad akan disemak , anak yang ingin dibawa keluar pun akan diperiksa dahulu ...tag kat lengan ibu pun akan digunting dan ubat-ubatan yang perlu juga turut diberi dannnn yang paling best..pihak hospital akan menyerahkan hadiah bagi baby baru lahir..
yeayy, bukan baju baru tapi set mandian bayi... jadiklah kan :)
Perlu TAHU siapa yang LAYAK untuk membuat pendaftaran
1- Bapa kanak-kanak
2- Ibu kanak-kanak
3- Orang yang tahu tentang kelahiran
BORANG yang perlu diisi
BORANG pendaftaran ni boleh diperolehi daripada hospital, klinik dan JPN dengan PERCUMA.
* Selalunya, pihak hospital dah siap-siapkan isi dalam sampul surat..dalam sampul surat tu dah ada semua! Mereka akan serahkan sampul surat tu semasa kita nak keluar wad..
DOKUMEN yang perlu dibawa semasa proses pendaftaran
1- Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi .
2- Kad pengenalan ibu dan bapa ( ASAL & SALINAN )
3-Sijil Nikah ( ASAL & SALINAN
4- Dokumen bukti kelahiran ( ASAL & SALINAN )
* Surat pengesahan kelahiran
* Kad pranatal aka BUKU MERAH
:- Untuk yang bertanda * ni , jangan risau ..maklumat tu semua ada kat dalam BUKU MERAH ..
( Muka depan BUKU MERAH , Perihal Kandungan Lalu - mukasurat 2 dalam BUKU MERAH, & Bahagian E . Perihal Kelahiran Bayi juga dalam BUKU MERAH - mukasurat 25.)
Sambil-sambil tulis gerakan anak dalam buku tu, belek-beleklah kandungan dalam buku merah..
dan..
:- Untuk yang bertanda * ni , jangan risau ..maklumat tu semua ada kat dalam BUKU MERAH ..
( Muka depan BUKU MERAH , Perihal Kandungan Lalu - mukasurat 2 dalam BUKU MERAH, & Bahagian E . Perihal Kelahiran Bayi juga dalam BUKU MERAH - mukasurat 25.)
Sambil-sambil tulis gerakan anak dalam buku tu, belek-beleklah kandungan dalam buku merah..
dan..
Tempat mendaftar
SEMUA KAUNTER JPN
Tempoh masa membuat pendaftaran :-
1- Pendaftaran Biasa
14 hari dariapda tempoh kelahiran
2- Pendaftaran Lambat
Hari ke - 15 hingga ke - 42 daripada tarikh kelahiran
*Denda RM5.00 dikenakan.
3- Pendafatran Lewat
Hari ke - 42 kelahiran
* Bayaran proses RM10.00 dan permohonan carian RM5.00
Okay, tu sahaja.
Panduan minum susu kotak
Yang pertama....bla bla blaaaa..
Yang kedua....bla bla blaa
suka tengok cara Almynadia bila dia cakap tentang panduan tu..heheee
*Denda RM5.00 dikenakan.
3- Pendafatran Lewat
Hari ke - 42 kelahiran
* Bayaran proses RM10.00 dan permohonan carian RM5.00
Okay, tu sahaja.
Panduan minum susu kotak
Yang pertama....bla bla blaaaa..
Yang kedua....bla bla blaa
suka tengok cara Almynadia bila dia cakap tentang panduan tu..heheee
Post a Comment