Skip to main content

Mossy Forest of Cameron Highland. ~

 Assalamualaikum.

Bulan lepas kami sekeluarga sempatlah short vacay di Cameron Highland, jadinya selain aktiviti santai tengok pokok bunga, sayur, dan petting zoo. Kami pun selitlah satu aktiviti lasak masuk hutan. 

Trip ke Mossy Forest  kami gunakan khidmat Nabil dengan 4x4 nya naik bukit turun bukit laluannya.Menggunakan laluan yang sama ke Ladang Teh Boh Sungai Palas, dan berpisah bila di simpang, Mossy belah kiri dan Boh dibelah kanan. Sepanjang nak ke Mossy tu mata disajikan dengan hijaunya ladang teh, rumah pekerja yang berwarna merah, tanaman sayuran daun bawang, MasyaAllah, ditambah sejuknya bila dah sampai kat atas. 

Sewaan kenderaan pacuan 4 roda, dewasa seorang RM35, dan budak RM25. Bayaran hanya untuk sewaan kereta sahaja untuk sampai ke atas, bila dah sampai atas bayaran dikenakan lagi sebanyak RM10 bagi dewasa bagi budak-budak RM5, ni bagi yang nak mendaki  anak tangga plak menuju ke menara tinjau. Tapi sepanjang laluan ke menara tu, kita akan dihimpun dengan  hijau lumut kat pokok. 

Ni lah gambaran yang sempat diambil. 


Dataran 

Dah bayar tiket masuk, bolehlah mendaki


Sempadan negeri

Berkabus

Mula mendaki jam 2.00 petang, memandangkan slot pagi dah habis. Redha jelah, untuk pickup boleh tunggu di belakang hotel Nova berdekatan OR Garden. Ada parking luas, free sahaja. Trip ni lebih kurang 2 jam, mengambil masa dalam 20minit untuk sampai ke atas. Dari anak tangga ke menara tinjau dalam 15minit je sampai, sambil jalan sambil bergambar tak lah rasa penat sangat, memang bestlah. Rasa mcam nak ulang je balik, 

Laluan Mossy ni sama ya bagi sesiapa yang nak ke Gunung Irau, akan turun di bawah dan naik semula ke atas menggunakan trek yang sama untuk pulang. Trek Gunung Irau akan berbentuk 'W'. Korang boleh bayangkan tak? Dari puncak, ke menurun, menegak balik dan menurun balik dan ke puncak balik. Jadiklah bentuk W. Tu trip lainlah kita sembang.

Pengalaman Fara sepanjang ke Mossy, okaylah, enjoy, tengok pemandangan serba hijau, memandangkan berkabus jadinya tak dapatlah nak tengok pemandangan kat bawah. Pemandu  pun peramah, banyak cakap, Dapatlah bergambar dengan Pink Panther. 


Moga berjumpa lagi Mossy..

Comments

  1. walaupun orang Pahang, baru sekali pergi CH. itupun masa tingkatan 2, ada kem di sana

    ReplyDelete
  2. best nyaaaaaaa👍👍kalau g lagi ajak saya tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...