Skip to main content

Avocado & Manfaatnya ~

 Assalamualaikum..

Penggemar avacado? Ya, saya penggemar avocado. Dibuat jus ditambah serbuk  coklat, dijadikan salad campuran, sapuan atas roti  atau makan begitu sahaja.

Yang paling  menjadi kegemaran makan mentah, buah yang matang tak terlalu muda, sedang-sedang sahaja. Rasa yang tidak terlalu pelik, tidak meninggalkan rasa yang  kurang enak di tekak. Seakan  rasa isi kelapa. Rasa kosong dihujungnya ada sedikit rasa berlemak.




 Manfaat Buah Avocado

1. Mengawal tekanan darah

Kajian sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat mendapati, avokado sebagai diet harian mengawal tekanan darah sekali gus mengelak masalah jantung, strok dan buah pinggang.

Avocado memiliki kadar potasium yang tinggi dengan setiap 100 gram sajian mengandungi empat peratus lebih potasium berbanding pisang yang popular sebagai buah penuh nutrisi.


2. Merangsang kesihatan mata

Avocado memiliki kadar antioksida yang sangat tinggi, kaya nutrisi seperti lutein dan zeaxantin, penting untuk merangsang kesihatan mata.

Pakar di Britain menyarankan penduduknya mengamalkan sekurang-kurangnya tiga hirisan avocado dalam makanan ruji kerana kandungan antioksida di dalamnya mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, disebabkan faktor usia.


3. Mengekalkan berat badan ideal

Walaupun sebiji avocado mengandungi kira-kira 30 gram lemak, tidak menghalang buah ini sebagai rejim menguruskan badan.

Ini kerana lemak yang terkandung di dalamnya ialah asid lemak tak tepu mono yang membawa kebaikan kepada kesihatan.

Menikmati jus avocado dicampur susu, membantu tubuh berasa lebih kenyang tanpa meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.


4. Mencantikkan kulit

Selain kesihatan, avocado juga baik untuk rawatan kulit. Kandungan vitamin E dan C dalam avocado juga berupaya menyuburkan kulit sekali gus kelihatan segar dan bersinar.

Khasiat itu menjadikan minyaknya sebagai ramuan utama untuk produk kosmetik pilihan


Sumber : Berita Harian Online




Comments

  1. pernah minum sekali je jus avocado ni. tu pn ms g jakarta. blk sini x penah lg minum😁

    ReplyDelete
  2. tak terlalu gemar sbb rsnya tawar. kan kami dah start makan jugak sbb khasiatnya. ltk dlm sandwich atau salad.

    ReplyDelete
  3. Aku juga suka makan jus avocado apalagi kalau dengan es, segar rasanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...