Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Monday, December 1, 2014

Leisure Time @ Bayou Lagoon Park Resort , Malacca

Assalamualaikum...


Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa.


Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm.

Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna pon dah menginjak ke setahun lebih; da boleh kot nak diajar berenang. Sebenarnya, kalau nak diikutkan masa umur 6 bulan dah boleh dah  train  masuk air.. Heheee
Tapi, Cik Sal train Eryna masuk tab je.. pastu bila Eryna da tak suka masuk tab, Cik Sal suh dia masuk dalam baldi besar.. Hahaaa
Bila dah sampai je , terus  tukar baju mandi  then bawak  Eryna masuk kolam , bukan main takut2 pada mulanya. Lepas dah sentuh ja kaki kat gigi air , wahh wahh wahh ! !... abahnya pon ditolak ke belakang, hahaaa.
Eksyen sungguh! 

Sebelum pergi tu, kitaorang da siap2 cari baju renang Eryna, mujur ada jual kat aeon. Dapatlah warna pink RM 79.90 , brand ogival.. Beli kan dengan pelampung sekali ,  RM25.90 . Tapi, pelampungnya besar sikit, Ingatkan nk beli water wing je untuk Eryna. Takut dia macam kekok plak ada benda kat lengannya.  Tapi, bila dah masuk dah tak reti plak nak keluar , sakan benar main air.

Ni kat bahagian  bawah, kat bahagian atas ada 2 kolam  . Suhu airnya pon suam2 je, untuk warm up boleh lah berenang kat sini dulu. Then, baru g belah bawah. Kat belah bawah macam biasalah, ada gelongsor , bulatan ringan, water gun, water slide, mini roller coaster, bumper car pon ada.
Memang  sesuailah untuk seisi keluarga.  Puas hatilah ! !
Kawasannya pon luas, selesa, tempat duduk untuk berehat seketika pon ada, gerai makanan pon ada dan tandas  &  tempat persalinan pon dekat je. Lencong depan, lencong belakang pon jumpa jugak. Kat sini pon, ada staff yang bertugas  untuk ambil foto, nak tak nak terpulanglah. Kitaorang plak, boleh terlupa nak ambik gambar kat kaunter, dah setengah perjalanan balik baru teringat... 


Alahhhh , gambar ! !  Jerkah Cik Sal. 
Suami  pon kata :  " tak pa,nanti kita repeat lagi ke sana "
Uhuuuuuu

Kawasan sekitar water park 


Jangan kata budak2 je suka, bapak budak pon suka ;)
Apartment yang tersergam indah :)

Dua kali dok ngulang main gelongsor 



Dah menggigil pon masih nak berendam lagik 


Dah berejam berendam, tiba2 hujan plak.. bertebarlah orang dok mancari tempat berteduh.. dengan cuaca yang tak menentu lagi, nasib2lah kan..  So, kepada yang berminat nak pergi,  tak payah lah fikir panjang ; bajet pon minima, dari pagi sampai ke petang boleh berendam, cuma makanan tak dibenarkan bawa masuk, bila lapar boleh keluar sekejap then masuk balik, dengan syarat pas masuk belom digunting. 
Pendek kata , sesuailah untuk percutian keluarga , kalau teringin nak bermalam book ja hotel.

Lokasi : 
Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil , 75450 Melaka.
Kalau dari jonker street lebih kurang 15 minit camtu. Klunya di Taman Saujana then amik kanan. 






18 comments:

  1. wahh..best nye..air tak sejuk ok la baby or budak2 kecik nk berendam..maby sebab tempat dia open, tu jadi suam2..sakan lah eryna ye..hehe..tempat baru ke ni? macam tak ramai org, best lah pergi..tapi melaka mmg banyak tempat best pon nak jalan2..tunggu hanan besar leh pusing2 kat melaka lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat baru ni, sebenarnya ramai orang time tu.. paham2 je lah, kalau mandi kat tempat awam gini.. huhuuuu, dapat2 plak bercampur.. so, masukkanlah gambar yg sedap dipandang je lah ;) kadang2 nak bergambar pon, ada je halangan.. Melaka dah byk tempat best2 .. kena rajin carik , sebab tempatnya kadang2 tersorok

      Delete
  2. Salam singgah di tengah malam :)
    Thanx singgah blog saya.
    Cadangan saya supaya Cik Sal buat mobile version untuk blog.
    Cadangan je:) Sebab senang untuk BW with smartphone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setel :)
      t.kasih kembali sudi singgah ...

      Delete
    2. Banyak betul CS tinggal komen kat blog saya. Maaf xsempat nak BW lagi.
      Banyak hutang-BW-tertunggak. Hehe..

      Delete
  3. Assalam...kami asyik lalu jer, kena masuk masuk jugak ni..satu lg apo makno gondok..slmt berlibur Cik Sal sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp kena masuk.. gondok ni saya selalu guna untuk nyatakan perasaan happy yg melampau... bila bersembang dgn saudara mara, kawan2.. duduk nismiln, luar bandar plak...mcm2 istilah lah keluar...heheee..tp klau gugel, ia nama lain bg goiter... gejala bengkak tu... mcm kat leher... beguk kot klau kata mudahnya...

      Delete
  4. Kak Mirror pun x semangat klu nk mandi kat kolam terbuka. Mujur smlm masa kat hotel ank x exited sgt nk gi swimming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul miss, segan... kalau teringin sgt nak berendam.. kenalah menginap di hotel yg ada pool di dalam biliknya , cth: grand lexis ka... heheee

      Delete
  5. Seronoknya cik sal dan keluarga ye..

    ReplyDelete
  6. takder jumpa blogger lain ker masa kat sini... rasanya ramai yg pegi ke sini time ni

    ReplyDelete
  7. macam menarik jeaaa nih. kawan nina pergi sini minggu lepas. dia inform dalam group wassap. heee

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Bukit Rokan tu kampung ayah kat peringkat 1... rumah sepupu kat peringkat berapa?

      Delete
  9. good info..sampai melaka bole lepak sini lah..terbaik

    ReplyDelete
  10. ok interesting plus murah. akanku terjah satu hari nanti ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih !