Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Melaka

Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...

The Shore @ Malacca River

Assalamualaikum.. Bercerita tentang Sungai Melaka, dah tentulah terbayang naik bot, lalu dan rentas sungai Melaka. Memang tak asing lagi, kalau dah jejak kaki kat Melaka, tak singgah macam tak lengkap je perjalanan ke Melaka kan. Siapa sangka, hujung tahun 2014 tercatat lagi satu tanda yang mana menjadi salah satu tarikan untuk diamati  "landskap dan keindahan " struktur binaan bangunan baru.. dan sekaligus tercatat dalam peta Melaka.. The Shore.. masih lagi dalam pembinaan, tapi... kalau dah siap pastinya memukau mata yang memandang. Kami yang 3 beranak  ni pon, mata dok terkebil-kebil memandang...  "fuhhhh, lawanya bang" omel Cik Sal   Apa lagi yang nak dikaitkan dengan Melaka..  Kebersihan? Keindahan struktur binaan monumen ? Landskap dengan idea yang segar melatari di setiap susur jalan ?  asam pedas ? coconut shake?  Jonker walk ? budaya yang pelbagai ? hmmmmm ....  Ditambah pulak dengan susun atur bangunan hasil kebijaksanaa...