Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan, percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...