Jiran ~
Assalammualaikum.
Lamanya tak menulis kat sini, berat betul rasa jemari nak menulis sejak dua menjak ni. Tak da apa nak digarap, cuma beberapa hari lepas adalah peristiwa yang berlaku.
Jumaat lepas, jiran depan berpindah ke Temerloh. Pindah terus okay, rumah pertama yang dibeli bakal dijual, pindah ke kampung halaman dekat dengan keluarga katanya.
Hilanglah jiran, hilanglah kawan, pertemuan singkat selama 4 tahun di TDM 3 hanya tinggal kenangan. Jiran ni lah yang selalu tinggalkan makanan kat pintu pagar. Suka hello bila nak datang rumah atas alasan nak bagi makanan, sempatlah beraya bertukar juadah dipagi raya. Semua rasa diadun jadi satu . Sempatlah juga kami berhiking bersama😊😊. Jiran paling sporting , sebab minat yang sama "hiking".
Semoga kita berjumpa lagi, semoga ikatan ukhuwah kekal selamanya. Biarlah hilang di mata jauh berpuluh kilometer. Ia tetap kekal dalam ingatan.
Hidayah & Cikgu Firdaus ,
16 julai 2021.
Post a Comment