Skip to main content

Daging Hari Mu Bahagia ~

 Assalammualaikum...

Hai korang, masak apa aje rini ? Ha meh lar singgah sini kejap parking elok-elok meh layan Farah D nak cerita sikit. 
Korang suka tak makan daging? Mesti suka kan, lagi - lagi kalau makan daging bakar danok ka, daging harimau ka kan. Eh kejap, bukan daging harimau taw, ni daging lembu. Tapi istilahnya daging harimau disebabkan daging tu berada di bahagian yang sukar dicapai oleh harimau (ye ka).  Tu sebab namanya daging harimau menangis. Ntah ler Farah D  pun tak berapa jelas macamana rupa harimau tu menangis😂😂 . Kalau ikut bacaan katanya daging ni berada di bahagian brisket, dada dan bahu. Daging ini mempunyai tekstur yang lembut.

Tapi hari tu kan adalah beli daging hari mu bahagia dari Mamasab Bakery. Ya ampun, sedap yakmat. Beli terus dua bungkus untuk makan malam. Masak sekejap je atas kuali leper atau pemanggang. Balikkan sekejap dan angkat ye. Masa masakkan bau pun da menusuk hidung , aroma lada hitam dan rempah tu memecah suasana, satu rumah bau daging hari mu bahagia. Terasa bahagia betul tekak, pembangkit selera tak sabar nak jamah.




Dalam satu pack ni disertakan sekali sos pencicah, kita cuma perlu tambah hirisan daun ketumbar sahaja bagi naikkan bau sos. Tapi kalau tak berapa gemar bau daun tu, tak perlu tak menjejaskan rasa. Macam Farah D tak letak kurang berminat. Jangan katakan orang dewasa je suka, budak-budak pun suka sangat, tak berapa pedas, just nice. Sesuai untuk semua peringkat umur. 

Pendek kata korang, daging ni sedap sangat  makan dengan nasi panas  dan sedikit ulam pun dah memadai. Dah rasa sekali memang korang akan rasa nak beli lagi. Korang boleh dapatkan dari ejen sah Mamasab dari serata negeri. Jangan risau ejen Mamasab pasti membantu. Kat Mamasab Bakery bukan sahaja ada jual daging je, ada jugak jual aneka kek, brownese, kuih raya, topper cake,  dan yang paling best ada juga disediakan khidmat penghantaran mengikut lokasi. 




 

Haaa jemput tengok 😂


Comments

  1. Samalah kita, kak. Tak minat dengan daun ketumbar. Memang tak masukkan dalam masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tak gemar baunya, kalau ter kat lidah tu auto muka berubah..lagi lagi dalam tomyam kat kedai, asing sesiap sebelum makan.

      Delete
  2. biasa makan kek mamasab je. oh, saya pulak suka daun ketumbar. taste lain-lain kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...