Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Panjat Gunung Lagi

Kali ni siyes sangat, acik dah tak larat dah nak mendaki lagi..bayangkan bulan ni ja dah 3 kali acik panjat gunung..setiap minggu plak tu....aiyoyooyoyy..lutut acik ni sakit bebbenor dah ni... tapi memang best lah..seronok sangat...puas bergambar..huuuhuu ...lepas ni acik rasa nak g melawat air terjun ja lah...mandi manda, BBQ..auisssshh syoknya...tataaaa..nak tulis pun tak larat dah...sehingga ke temu lagi ya..

Apabila Ketupat Cinta Berbicara

Hari ini nak cuba habiskan baca buku Ketupat Cinta Karya Faisal Tehrani~ Buku yang diolah sangat menarik untuk dibaca, dengar tajuknyapun dah macam happening...waaa...cinta pon ada ketupat taw...bila disambung jadiklah KETUPAT CINTA~. .. apa yang ada dalam cerita ni,... nanti ya..nanti saya ringkaskan semula... Membacalah ,.. tidak rugi jika membaca....bacalah sebanyak mana pon ...ilmu itu luas... " Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu, dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham, dan tiada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian" Pesan Sayidina Ali Bin Abu Talib

Bukti Kasih Sayang Allah

Merebut kasih sayang Allah SWT sama sekali berlainan dengan kasih sayang antara manusia. Ini kerana kasih kepada Allah SWT bukan saja menuntut keikhlasan,kepercayaan dan kejujuran, malah pengorbanan sepanjang masa. Ini berbeza dengan kasih sesama manusia yang mempunyai pasang surut dan boleh ditukar ganti,terutama apabila seseorang itu meninggal dunia. - Kasih sesama manusia hanya boleh dinikmati ketika hidup di dunia, manakala kasih Allah pula dibawa hingga ke akhirat. # Apabila ajal menjemput , putus hubungan sesama manusia, sebaliknya belainan pula dengan kasih dengan Allah SWT. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan untuk Allah SWT akan dibawa bersama,sebagaimana Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Apabila seorang manusia mati,putuslah ( tulisan pahala)amalan ( setakat itu) kecuali tiga perkara ( yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa u...

Indahnya Gunung Dato

Syukur Alhamdulillah, selesai sudah panjat Gunung Dato..heppy sangat...actually pergi ni pon main terejah ja..idea tejepol ja ..hahahha tejepol plak... ..sebelum tu nak mintak maaf kat Mashie...hehheh aku g ngan Nazren lah... hehheh gimik ja lebih aku ni... okay,berbalik kepada citer Gunung Dato tadi...uoolzzz nak tahu...pergerakan kami bermula dari Seremban pada pukul 0715pagi..camtu lah .....tak silap lah..lau silap mungkin lebihkan minit ja ..hahahhaha...Nazren gerak dari umah dia lebih kurang pukul 0600pagi lebih sikit kot...ntah ,,tak pasti sangat...camtulah dia kata...sampai ja dia kat umah aku...dia mesej .... Abang : abang dah ada kat bawah Sayang: kejap ya,ngah layan meon dan salmah jap ( padahal...diri tak siap pape lagi ni..aiyooooo..dok leka melayan meon n salmah ) ... pas tu bunyi lagu Rihanna....waaa.... cepat..kata nak gerak awal..okay..nak turun ni...weehaaa...dah lambat... Cecepat aku amik beg galas,tudung dah siap iron gantung kat hanger...cecepat melangkah kuar ......

Kak Nanis Bakal Bergelar ibu@ Mama@Umi...

Syukur Alhamdulillah , tahniah kak..tak lama lagi ko akan bergelar ibu..jaga diri..jaga kesihatan..dan tak lama lagi....fara pon bakal menjadik makcik kepada anak buah yang ke 6...anak kepada bang boboy.....semoga selamat hendaknya... Ni aalah sedikit info yang fara jumpo dan terbaca ....untuk tatapan Kakak Nanis. ADAB KETIKA MENGANDUNG : Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ; SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita. MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya. MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu) JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain. JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain. JANGAN mencari kesalahan o...

Heading To Rembau Tomorrow

Esok,..apa ada dengan esok...esok jika tiada aral.. aku akan berangkat ke Rembau..semata-mata untuk mendaki Gunung Dato..tempat yang lama sudah ku tinggalkan.... apa yang ada kat situ....macam-macam ada...percaya atau tidak... Gunung Dato merupakan satu tempat yang sering dikunjungi oleh pendaki-pendaki gunung tidak kiralah..mereka datang dari arah selatan,timur ,utara atau barat.. Gunung ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di HUtan Lipur Gunung Datuk,Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin..tapi esok gerak dari Seremban lah....uiishhh bapa km ni??? Seingat akulah, last naik gunung ni masa Darjah 5 ...ishhhh mana nak sama kan..itu jaman dulu kala...mesti banyak perubahan...makin cantik... jeram banyak petai lagi tak???hahahahahhha..bukan ka geng2 Muhammad,Azmil,Shuib,Yanti,Ila,Munirah,Aishah,Fendi,Azwan n lain2 syok ja makn petai hutan tu....sedap ...tak caya ..t sa...

Melawat Broga Dan Tok Wan Di Minggu KeDua April 2011

Semalam kami, Faradila,Amir Hamzah,Azam, Fizaaa dan saya ..sapa lagi kalau bukan aku..ahhahah..telah melangkah ke Semenyih seawal pukul 5suku pagi...semata2 untuk melihat matahari terbit dan keindahan Puncak Broga... syukur dapat juga kami melihat suasana tersebut....tepat pukul 6.00pagi kami tiba di petronas Semenyih...Tugas wajib yang perlu dilakukan adalah solat Subuh.. bila melangkah ja ke bilik solat..emmmm..ramainya orang ...orang lelaki dah tunggu dah kat luar...kami yang perempuan..solat dulu ya... terkonteng2 aku jalan meluru masuk ke bilik solat... hehehhehe...awak student ka? Aaaakhhh, saya student kata orang yang aku sapa sebelum bersiap untuk solat... ookh.. nak tengok sunrise ya..sama lah saya pon..hehehheeh..ringkas ja jawapan ku sambil melemparkan senyum simpul..hehhehe Selepas usai solat...cecepat aku melangkah keluar... bagi orang lain plak solat ...tempat dan ruang yang disediakan kecik ja... boleh muat 4 orang ja bila bersolat... cepattt..jangan duk ...

Minggu KeDua Di Bulan April 2011

Hari ni Hari Jumaat,.. tenang dan damainya suasana..alaunan zikir Ya Allah berkumandang di pelusuk alam..syukur masih lagi di beri kesempatan untuk bernafas. Malam2 ku seperti biasa..as usual..tiada istimewanya..mesej adik2 di Kuala Lumpur dan telefon mak di kampung. Esok ada jemputan kenduri ...emmm.. jika tiada aral melintang sampailah kami di sana ya Makcik Senah... Ahad : akan menuju ke Broga bersama Fizaaa... g berdua ja...Amir dan Faradila nak ikut..tapi tak kesampaian..terpaksa menyelesaikan hal persiapan untuk diiajabkabulkan...tahnah.. semoga berkekalan hendakNya....

Apabila Sakit Menguji...

Hujung bulan Mac yang lalu,..satu keluarga dikejutkan dengan penyakit yang dihidapi oleh adik ku yang bernama Nurul Shuhaida Razak... selesai sudah pembedahan ..syukur.. kesakitan yang dialaminya hanya mampu ditahan dengan linangan air mata..sakit yang menyerang membuatkan dia sukar untuk bergerak... Mac dah berakhir April pula menjelma... buka buku baru... penuh pengharapan untuk meneruskan kehidupan... redha dengan kehendakNya.. sesungguhnya ia adalah Ujian buat manusia..