Sabtu lepas, 31hb Mac 2012... Cik Sal masih lagi menahan sakit ... usai siap-siap untuk ke dewan .. Cik Sal sempat lagi mencari Lagu Aku Anak kampung nyanyian Jimmy Palekat, butir-butir lagunya sangat santai.. kadang-kadang lagu tu menghambat rasa seketika, ye lah Aku Anak Kampung... memangnya Aku Anak Kampung...hehhee, senyum aja Cik Sal .. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00pagi , ini bermakna in-house training akan bermula sebentar sahaja lagi... jom kita pergi ....sahut Cik Sal kepada Faradila dan Kak Ita ...Setibanya di dewan , mata Cik Sal tertumpu kepada tempat duduk staf ...ramai staf yang belum masuk lagi.. getus hati Cik Sal... Lebih kurang 10minit, barulah i n-house training bermula. Pusing kiri pusing kanan, tidak betah rasanya Cik Sal duduk di kerusi .. kaki ni dah lipat sana lipat sini ..bisik Cik Sal . Setelah in-house training tamat pada masa yang telah ditetapkan , kini tibalah masanya untuk mendengar ceramah daripada Jabatan Bomba, semangatnya Mr. Ram ni... s...