Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Trip Ke Kedai Pak Akob Patin House

 Assalammualaikum.. Haaa kali ni nak sambung balik cerita masa trip ke Kuantan lalu. Lepas je dah pusing bandar Kuantan kitaorang terus cari makan untuk lunch. Kitaorang memang dah decide kalau datang Kuantan nak cuba ikan patin masak poyak. Jadinya kedai pilihan kami ialah "Kedai Pak Akob Patin House". Ni lah ia kedai yang menjadi pilihan, dari pusat bandar dekat je nak gerak ke situ.. belakang deretan kedai, untuk letak l kenderaan pun senang, jalan tak berapa sesak...kecuali kalau ramai orang. Rasanya kedai ni memang penuh je orang. Sebab masa sampai tu tak ramai sangat pelanggan yang datang, tapi setelah dah ambil meja ambil pesanan dan makanan..haaa menderu orang masuk beratur. Pilihan suami kepala ikan patin. Sedap, gabungan pedas manis poyak tu aduhai memang sedaplah, kuah cukup rasa pekat teruk. Memandangkan pergi bawak budak-budak jadinya.. bolehlah buat rerasa, selain tambah dengan menu lain. Ambik jugak daging salai, sambal daun kayu, kentang berlado, sup sayur dan...

Ungkep dipagi hari~

 Assalammualaikum.. Pagi ni bangun je sejuk je rasa,hujan dari awal pagi tadi sampai sekarang masih belum berhenti..setelah sekian lama tak hujan..Alhamdulillah, hujan rahmat dipagi hari. Rutin pagi biasalah, sejak anak dah sekolah dan suami plak bekerja..masak sarapan yang semampunya seringkasnya..siapkan bekal suami dan anak, dan meneruskan rutin seperti biasa. Jadiklah menu ringkas.. bekal untuk suami~ Okaylah takat itu sahaja bebelan dipagi ini.

Kula Cakes House,Kuantan

 Assalammualaikum. Hai..  kali ni nak cerita sambungan dari berjalan trip  ke Kuantan. Lepas je habis berjalan-jalan di pantai kitaorang terus cari port nak makan  kek dan lunch.  Tempat yang kitaorang pergi di Kula Cakes House, berderetan di tepi jalan berhadapan dengan menara Kuantan. Sampai je sana memang ramailah yang tengah beratur. Terus ke taman cari kerusi dan meja. Suami plak beratur untuk buat belian kek. Memang bestlah redup je duduk bawah pokok, sambil makan kek dan minum air pandan segar je rasa. Heaven sungguh! Korang kalau datang ke Kuantan wajib singgah sini kek memang best, highly recommended  mango cheesecake diaorang.. peghh lemak berkrim mangga plak masam manis cukup rasa, sedang elok masuk kat tekak. Kebetulan masa tu pergi memang tarikh besday Farah, jadinya sambut je lah kat situ dengan anak-anak dan suami makanlah kek pepuas.   Secara ratanya harga kek dan air yang dijual berpatutan. Pilihan kek pun banyak, next time boleh try k...