Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Bongkah Cendawan~

 Assalamualaikum.. Hai korang.  Suka makan cendawan tak? Cendawan goreng, cendawan tumis atau gulai. Terpulanglah ikut selera memasing. Kali ni nak share tentang bongkah cendawan yang Fara beli di kedai oren.. Murah je 10 bongkah dalam rm20+ gitu. Selepas barang dah diterima, kita akan dapat cara penjagaan cendawan dari mula sampai lah tuai hasilnya.  Kena susun baring, mana plastik dah terbuka, kita selotape  Masa terima bongkah  dah lewat 3 hari sebab runner tak dapat hantar ikut jadual. Berhuhu lah jugak, tu yang sampai terkoyak plastik kena tindih dengan parcel lain agaknya.  Bila dah terima bongkah, langkahnya mudah sahaja, kita akan diajar melalui  pdf dalam tu dah siap semua just ikut sahaja arahan. Fara memang beli bongkah yang  dah matang. Jadi masa nak menumbuh tu tak lama sangat menunggu. Macam mana kita nak tahu bongkah tu dah matang ke belum? Bila bongkah dah berwarna putih keseluruhan..Maksudnya tinggal nak spray air sahaja. Selepas ...

Nasi Arab Pakistan ~

 Assalamualaikum... Sempena cuti sekolah dan pulang ke kampung, gantung kuali dan makan di luar.  Menu yang dipesan, Talam campur. Rasa okay je boleh masuk tekak. Datang makan anak beranak ingat tak boleh habis, sekali makan habis setalam. Disertakan juga dengan se jug air pilihan,  Kenyang sampai ke malam. Ini kali ke dua kunjungan kami ke sini tapi lain cawangan. Masa makan dulu buka puasa di Bahau.  Tapi kalau datang sini, ada juga menu western chicken   chop dan aneka pasta. Masa makan tu nanti adalah persembahan buskers  kat depan, sambil makan sambil tengok oersembahan diaorang sambil menderma seikhlas hati... Mesti ramai yang tanya kan, sedap ke tak... sedap tu subjektif.. Sedap bagi kita tak sedap bagi dia plak... dan yang paling penting tercapailah hajat bapa mentua  nak merasa makan kat situ... Tu pun dah rasa syukur sangat, kalau tak tu asyik bermain di bibir je bila nak singgah makan situ... Balik pun kejap - kejap, tak nyempat nak ke ...

Jalan - Jalan Puchong ~

 Assalamualaikum... Dihari cuti Wesak ni, memanfaatkan masa yang ada mengukur jalan ke Puchong. Gerak awal pagi ditemani hujan renyai sepanjang jalan. Tempat pertama menuju ke Decathlon yang berada Di Lotus, ambil kasut hiking spouses, backpack dan raket anak-anak. Puas berjalan, try itu ini. Keluar terus ke Masjid As Salam, Puchong. Selesai solat terus ke IOI Mall Puchong. Setibanya di IOI Mall Puchong, jalan diruang legar pusing - pusing cuci mata , dah penat jomlah pekena Ramen  Seirock - Ya. Makan setentang pula dengan  buskers. Happening nya sini,  Backpack untuk hiking  Menu pilihan Lapar  nasi katanya, kari ayam lobak terung Always favourite 🤗