Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Longan Brazil @ Buah Kristal @ Matoa

 Assalammualaikum.. Dah lama teringin nak makan buah matoa ni, pernah lah siap pre order dari Sarawak. Last last tak da stock jugak, hampa. Bila tengok kat fb ramai dah rasa dan dah dapat dari lokasi berdekatan, jadinya teruslah order di group Melaka. Beli je lah walau harga sekilo cecah rm20. Sekali hadap 2 kilo habis gitu je. Puas hatilah, rasa manis, rasa laici, rambutan dan durian. Kira sebiji buah ada 3 rasa. Tapi memang sedaplah, tak berair jenis isi mudah longkeh dari biji. Dari luar tu memang nampaklah kulitnya keras sedikit, kalau nak makan tu memang kena pecahkan bahagian tengah  atau pulas  batang  tangkai tu.  Sekali pandang nampak macam laici kan. Bulan puasa ni pantang nampak je lah semua nak try. 

Ramadan Al Mubarak

 Assalammualaikum.. Hai.. lama tak menyinggah sini. Sekejapan je kan dah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ni sama je lah, masak untuk berbuka dan bersahur. Datang malas masak, kita beli je kat bazar. Tapi asyik membeli je kadang tekak tak boleh terima juga. Tapi kali ni rajin jugak buat kuih 3 jenis  lepas tu membeli aja buat rasa. Disebabkan ritu balik ke kampung sambut puasa jadinya kerajinan tu lain macam sikit. Takpalah tahun ni kan tahun dibenarkan rentas negeri, harapnya makin hilanglah covid dari bumi ni. dan kita semua dapatlah sambut puasa bersama keluarga di kampung tahun depan lagi.  Memandangkan  puasa kali ni   diuji anak sulong positive covid, jadinya masak tu terbatas juga menunya. Kenalah kontrol masakan yang berminyak atau berkuah. Gejala batuknya bikin tak tenang duduk. Alhamdulillah hari ni dah hari ke -  7 kuarantin. Setakat ni gejala hanya batuk sahaja. Ilman dan Aakif serta mamanya masih lagi bertahan. Harapnya bertahanlah sampai...