Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi

Jum duduk-duduk dekat Kem Tangga Batu,... nak duduk tu hati-hati ya..anak pacat mencari mangsa untuk menghinggap..heheeeee....ya adoiyai..... Gambar ini merujuk kepada Kak Eqin dan diri aku sendiri....bersantai di Kem Tangga Batu. Bukit Botak , bila dah sampai sini... anda perlu lah mempunyai kekuatan kaki dan tangan untuk mendakinya ... bukit ini menandakan anda semakin hampir menuju ke puncak Angsi... Ini papan tanda yang menunjukan kita sekarang berada di Bukit Botak....nak sampai ke sini memerlukan usaha yang gigih ya... semasa mendaki pastikan kita mempunyai semangat yang kuat dan jitu untuk mengharungi segala bukit bukau yang ada... Okay, dah sampai Puncak Angsi... jum jalan-jalan kat sini.... Inilah kawasan di sekitarnya... ada pokok buah mangga..hehee. Okay, tamatlah sudah aktiviti jalan-jalan ke Gunung Angsi... moh ler kita jalan tempat lain plak ya...

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi ( Bah.1 )

Hujung bulan september yang lalu, aku , Kak Eqin, Kamil , dan beberapa orang pelajar SKM jalan-jalan ke Gunung Angsi ... yang terletak di Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul , Kuala Pilah... tompek eh memang lah cantik.. selesa dan damai sekali...sebonar ehhh, eden tak nak citer lobih-lobih lah.. tengok ee lah gambar kat bawah ni haa... sonang citer.. Posing manis kat van kesayangan kami..heheeee.... kak Eqin Gambar ni diambil semasa kejadian mendaki di tahap 3 ,bak kata peminat game level 3 lah..heheeee... caya lah ... Ni plak, eden tak tahu lah...tak silap den masa ni Kak Eqin tengah memikirkan strategi untuk ke atas puncak kot... hehehhehe

Debarnya Semakin Terasa

Hadoi debaranya semakin terasa lah... ya hadoi.. hehehehhe, gelak sakan bila tengok cerita edisi khas... ya hadoi yai... hahhahahha,,,,gelak-gelak jugak... debaranya semakin terasa... masih berbaki 2 minggu sahaja lagi.. majlis bakal berlangsung ... Doaku semoga majlis berjalan dengan lancar .... setakat ni sahaja lah ya .. t kita chit chat lagi...

Tatkala Sudah Tertulis

Semalam, sedang aku siap-siap untuk ke pejabat... Kak Zizie bagitahu yang ayahanda En Mizan telah pulang ke Rahmatullah... Al-Fatihah balas ku.... semoga ayah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... dan semoga rohnya dicucuri rahmat .... Dan pagi itu juga, aku, Kak N, Kak Mie,Kak Zizie , Azhar, En. Warid, Sayeid, dan En Anuar pergi menziarah... ku lihat sekujur tubuh diam kaku membisu... air mata ku hampir juga menitis.. al maklumlah.. kita juga akan merasa saat kehilangan ... semua orang akan merasa detik itu... tapi siapa lah kita untuk menghalangnya.. jika semua itu sudah tertulis sejak azali lagi... Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan kedua ibubapa kita ... samada mereka masih hidup atau sudah tiada lagi.... janganlah diputuskan doa buat mereka... itu pesanan yang ku pegang sampai ke hari ni.... "Ya, Allah kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihi diri ku.. rahmatilah mereka di dunia mahupun di akhirat kelak".. ...

Sudah Tiba Masanya

Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, tapi rasanya hari ni lagi lebat hujan air mata yang turun tatkala mendapat berita perginya andak Karim ke Rahmatullah, menghadap sang Pencipta ... macam mimpi ja berita yang aku dapat tahu melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh adik ku, pada mulanya aku terkejut juga ehhh, kenapa pula adik aku mesej pepagi ni... dia tak pernah begini, selalunya waktu malam sahaja dia akan bertanya itu dan ini.... Selepas membaca mesej tersebut , tiada lain keluar daripada mulut aku... hanya Al-Fatihah yang ku tuturkan ... sebak di dada... teringat kembali waktu terakhir aku dan keluarga berjumpa beliau adalah semasa hari raya pertama 2 bulan yang lepas... dan raya haji bakal menjelma lagi....semuanya hanya tinggal kenangan... baru aku terdetik untuk bertanya tentang lembu-lembu peliharaannya.... dan sangat terujanya lah aku untuk berjumpa dengan beliau pada hari raya haji untuk menjemput beliau dan keluarga datang ke majlis ku nanti.... memadailah......

Ya... Semakin Hampirlah

Memandangkan sekarang ni sudah menginjak ke tanggal 17hb Oktober, baki hari yang tinggal adalah lebih kurang dua minggu untuk melangsungkan majlis kenduri, baru-baru ni aku sempat jugak melarikan diri untuk pulang ke kampung, hal di kampung sudah pun selesai diuruskan.. syukur Alhamdulillah.... Hanya tinggal untuk hari langsung sahaja, dalam pada masa yang sama juga... aku mula risau ...... memandangkan waktu kenduri diadakan pada bulan November... dah tentulah masa tu musim tengkujuh..seingat aku.... banjir yang melanda Gemas pada bulan Februari yang lalu telah meneggelamkan beberapa tempat di kawasan Gemas... huhuuuuu.... kejadian alam.. siapa yang dapat menandinginya... perhentian bas Gemas dipenuhi dengan lumpur, sawah padi hanyut tenggelam dah tak nampak rupa sawah...kedai di sekitar Gemas habis dipenuhi lumpur, jalan nak ka umah aku terpaksa melalui jalan-jalan lain, huuhuuuuu..... Niat aku nak bergambar kat sawah padi tak tahu lah tercapai ke tidak.. tak apa lah... mungkin tia...

Apabila Terlalu Peramah Di Laman Muka Buku

Baru-baru ni aku kerap juga terpandang di dinding laman muka buku kepunyaan beberapa orang kawan-kawan ku, cerita mereka lebih berkisar tentang hal peribadi mereka... dan baru-baru ini jugak aku telah terbaca beberapa perihal yang pada pandangan aku 'di laman muka buku bukanlah tempat untuk memperdagangkan cerita peribadi'..sekeras-kerasnya aku berpesan pada diri ku... bukan di sini tempatnya... Ya benar, barangkali pada tanggapan mereka........... menulis apa pun di dinding mereka adalah hak mereka.. siapa kita untuk menghalangnya..tetapi sekadar berpesan ..bukan ka sedikit sebanyak kita telah memberi peluang kepada orang lain mengetahui aib sendiri dan bukan ka itu adalah perkara yang amat -amat disegani....dan perlu dijauhi.... memanglah untuk berkongsi dengan teman-teman... tetapi tidak semua perkara kita mesti berkongsi dengan teman-teman di laman muka buku.... Seboleh-bolehnya , ingin sangat aku tahu..apa ya motif mereka sehingga berlaku perkara sedemikian... memang lah t...

Masanya Hampir Tiba

Hari ni dah sepuluh hari kita berada di bulan Oktober 2011... masih berbaki 32hari lagi tuk majlis kenduri kat umah... satu hapa pon belum sempurna lagi... memandangkan aku belum lagi pulang ke kampung..persiapan yang perlu dilakukan hanyalah berkisarkan kepada hal2 hantaran sahaja... huhuhuhu, aku tak tahu lah ... nak kata aku ni tak risau tipu lah plak.. nak kata aku tak eksited lagi lah aku tipu..kekekekkek... dalam hati ni duk dag dig dugg aja... humanggaaaaiii... Masuk hari ni sahaja, cuti aku masih lagi belum diluluskan lagi, seingat aku lah .. borang cuti aku tu aku hantar selepas naik cuti raya Aidilfitri..kelassssssss ko Jah~..eksited betol ko Jah ..bukan eksited..memang dah tabiat aku suka mohon cuti awal22..nanti senang.. dan sampai sekarang cuti aku masih lagi berada dalam pemerhatian..erkkk pemerhatian.. bukan.... dalam bilik BB..huuhuhuhhhhhhhhhuhuhuu..... hari tu BB kata cuti dah lulus, but now... form tu masih tak dapat lagi... hadoiiiiiii,,gelisah bukan kepalang aku d...