Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Nasi Goreng Cili Kering Pecah Telur~

 Assalammualaikum.. Hai semua, punyalah lama tak bebel kat sini. Kita layan satu gambar menu ringkas dipagi khamis indah ini. Cuaca plak sejuk dari awal subuh lagi hujan tak berhenti.  Jadilah buat sarapan pagi ni, Haa korang sarapan apa pagi ni? Bahan-bahan 1) nasi sejuk  2) ikan bilis segenggam 3) cili kering tak pedas + pedas, agak agak pedas mana nak. Dalam 5 tangkai okay.  4) bawang kecil 3/5 biji ikut kuantiti nasi. Lagi banyak lagi sedap.  5) bawang putih 2 ulas.  6) telur 2 biji  7) sayur terpulang.  Nak sedap bubuh pucuk manis atau nama lain cekur manis. Sodap.  8) timun sebagai hiasan Cara masak, tumbuk segala bahan diatas hingga sedikit halus, eh tak halus sangat tak kasar sangat ya. Agak - agak cantik dimata sedap ditelan.  Panaskan minyak, tumis bahan hingga naik bau. da garing sikit pecah telur, da nampak  telur  dah masak garing baru kacau adun dengan bahan tumis, masukkan garam dan perasa yang mana perlu, dan tu...