Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Doa Pagi Jumaat

Salamun salamun kamiskil khitaam 'Alaikum uhaibaa banaa yaa kiraam.. Alhamdulillah, sudah sampai ke hari jumaat yang terakhir dalam bulan disember..penghujung tahun 2013.. Cepat benar , masa berlalu.. Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya.. :)

Kelmarin & Semalam Jika Digabungjalinkan Jadilah Sebuah Cerita

Assalammualaikum... Kat sini mendung ja , walaupun mendung pengunjung yang dtg ke Melaka tak putus-putus ada je orangnya dan jalan pun sesak dapat-dapat lak hari sabtu dan ahad  memang tekanan lah kalau sesiapa yang bawak kereta tu. Tidak dinafikan, suami sendiri dah mengalaminya  1 jam pusing-pusing cari parking sudahnya kami pulang ja  ke rumah. Kononnya nak naik kapal besar yang kat depan bangunan merah tu. Sadis. Sejak duduk Melaka, kapal tu memang kami tak pernah naik Hahaaa, kelakar pun ye jugak selalunya kami lalu ja dan pandang ja. Bila kawan tanya, kat dalam kapal tu ada apa weh ? Cik Sal jawab ada bendalah.. Lepas tu memang kawan Cik Sal dah tak tanya dah lagik, Hahaaa. Sekarangkan cuti sekolah, adik yang bongsu pun ada kat rumah..ingatkan nak bawak lah g naik kapal besar tu. Harapan. Sebelum pergi tu, kami menyinggah dulu kat Aeon Melaka masuk daiso cari beg untuk isi barang Eryna . Dah siap sume, kami pun pergilah masuk vivo nak cuba rasa depanya p...

Barang Yang Perlu Dibawa Bersama

Selamat pagi. Dah sarapan? Rini Cik Sal masak roti jala. Pagi-pagi lagi dah menjala..Heheee. Dah agak-agak malas nak menjala  Cik Sal pun melempenglah..Hahaaa. Jadiklah ..sedap jugak . Cicah ngan kari ayam.  :) Okaylah , kali ni nak kongsi sikit tentang barang-barang yang  perlu  kita bawa semasa ke hospital. Kalau boleh pastikan ada 2 beg yang perlu kita sediakan.. 1 beg untuk anak dan 1 lagi beg untuk diri kita sendiri. Beg untuk diri kita mengandungi barang seperti berikut :- 1) Tuala mandi 2) Kain batik / seluar longgar 3) Blouse ( baju yang longgar dan butang di hadapan ..bagi memudahkan  sesi penyusuan  ) 4) Tudung ( kalau boleh bawak ja tudung sarung senang, cepat dan mudah ) 5) Maternity pad ( benda ni ada 2 jenis , bertali  dan yang biasa  )        - Cari pad yang jenis tebal sebab nak tampung aliran darah yang banyak  6) Stoking 7) Perkakas mandi ...

Cerita Disebalik Eryna Disuntik

Dah makan ka ? Sementara masih berbaki 2 minggu ni, Cik Sal gigih menaip .Hahaa. Kali ni nak kongsi cerita masa anak disuntik . Mulanya ketika hari ke -2 Eryna dilahirkan . Masa tu Eryna masih lagi ditempatkan di wad rawatan rapi.Cik Sal plak masih lagi kat wad sementara nak menunggu suami dan emak dtg . Tiba-tiba ada nurse dtg sambil bawak buku merah dan hand out tentang suntikan BCG .Masa tu tercengang-cengang jugaklah kan.. Eh! Nape nurse ni nak cucuk BCG plak.. Belum sempat tanya, Nurse kata. "Dik.. akak nak cucuk anak ya, cucuk BCG.  Ni handout akak bagi adik boleh baca ya". sambil tersenyum . Cik Sal pun angguk tanda , faham. Patutlah, masa duduk wad ritu, ada baby dok nangis teriak sebab kena cucuk.. yang kesiannya, masa Eryna kena cucuk mama dia tak da kat sisi dia. Emmm, ntah macam mana ntah gayanya dia melalak agaknya. Lebih kurang pukul 1.00pm macam tu, suami dan emak pun tiba..Cik Sal dan suami terus ke wad nursery nak tengok anak. Sampai j...

Mari Kita Ber- HERSHEY'S

Beli menda ni semata-mata nak kan bekasnya je  . Hiks Selamat sejahtera ke atas kamu. Dah sampai masa untuk bersantap. Sambil-sambil tu telan menda  ni sikit-sikit. Bukan beria sangat pun nak makan. Hahaaa, mujur Eryna kecik lagi kalau tak mesti mama dia dah sumbat kat mulut dia . Bekas  ia cantik, sejak dua menjak ni suka plak kumpul benda cenggini.. letak lah apa2 yang boleh disimpan dalam bekas ni. Sempena krismas.. sebab tu depa deko kasi lawa bekas cenggini. Ingatkan masa suami beli dapat bearnya sekali. Rupanya tidak.Hahaaa. Cik Sal bukanlah seorang yang "hantu"coklat..setakat untuk merasa boleh lah.. itupun rasa di hujung lidah ja.. Ini je isi yang ada.. Sedap jugak lah...

Shop and Collect !

Assalamualaikum.. Dah pagi .. Mata masih lagi tak boleh lelap..( dah pukul 12.45 am ) Sudahnya.. Jari jemari asyik menari di papan kekunci.. Tak ada cerita yang menarik pun.. Cuma nak bagitahu.. Sekarang ni tengah giat dok mengumpul bendalah kat bawah ni :) Sebenarnya bukan Cik Sal yang beria mengumpul suami yang beria-ria. Membeli - belah sambil mengumpul. Tapi, nak kumpul benda alah ni hanya  di TESCO sahaja.Kami ni memang suka membeli - belah di TESCO . Harganya bolehlah, barang basah dan kering sume lengkap. Tapi,sejak ada benda alah ni. Suami makin aktif plak berbelanja di TESCO . Ada je barang yang dibelinya. Caranya :- 1- Kena pastikan yang korang semua suka membeli-belah  di TESCO. 2- Setiap barangan yang korang beli mesti melebihi RM50.00 dan ke atas.Sebabnya setiap pembelian yang bernilai RM50.00 = 1 sticker . 3- Masa kita membuat bayaran, cashier akan serahkan sekali berapa kepingan sticker yang kita dapat berdasarkan jumlah nilai wang y...

Mesra Desa & Bandar

Cantik kan nombor kat atas tu. 11.12.13 bersamaan 8 safar 1435. ******************************************************* Assalammualaikum.. Selamat malam.. kakakaa.. skemanya. Masih lagi dalam mood mesra desa .. Sebenarnya Cik Sal baru je pulang dari kampong. Hari ni 11.12.13 barulah pulang ke teratak sewa di Melaka. Kami sampai agak lewat, dek kerana terlalu mesra bersembang akhirnya lewatlah tiba di rumah. Lebih kurang pukul 5.00petang macam tu barulah sampai . Percutian ke kampong kali ni mengambil masa yang agak lama , iaitu selama 5hari. Memandangkan suami berkursus di Kuala Lumpur, makanya Cik Sal dan anak dihantar pulang untuk seketika . Bila dah dapat balik kampong ni, memang gumbira ya amatlah kan. Tengok mak ayah dan adik beradik, sambil2 tu menziarah jiran yang baru juga menyambut kelahiran "orang baru " . Eemm seronoknya la  hai ! :) Petang tadi selepas dah masukkan barang-barang dalam kereta, terus cakap kat suami nak p melawat...

Tips Kalau Kereta Kena Banjir

Assalammualaikum.. "Tahun ini kita banyak salah dan dosa kepada Allah dan sesama manusia. Ambillah musibah banjir sebagai pendesak untuk kita semua bermuhasabah" Pinjam kata-kata seorang penulis . ******* Hujan masih lagi turun , keadaan di pantai timur masih lagi di tahap MEMBIMBANGKAN . Jumlah mangsa banjir yang terkini dicatat mengikut negeri menampakkan ketinggian . 1- Terengganu *Mangsa banjir di Terengganu meningkat semula kepada 7,140 orang tengah hari ini berbanding 6,650 mangsa pada sebelah pagi. ( 7/12/2013 ) 2-  Pahang *Mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit tengah hari ini dengan 38,210 mangsa dipindahkan manakala Kelantan bertambah kepada 2,034 mangsa. ( 7/12/2013) 3-  Kelantan *Mangsa banjir di Kelantan menunjukkan peningkatan iaitu 1,937 orang dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di empat daerah, sehingga 10 pagi ini. ( 7/12/2013)   Laporan setakat pukul 10pagi. Petikan dari Harian Metro . Sebenarnya Cik Sal nak kongsi  ...

Eryna Sudah Berusia 3 Bulan

Assalamualaikum.. Pagi tadi agak lewat  untuk siapkan sarapan pagi , usai solat subuh terus tertidur . Dek kerana mengantuk sangat melayan keletah anak sampai ke awal pagi.  Selepas menyiapkan sandwich daging atas permintaan suami . Cik Sal pun mulalah main gelak-gelak dengan anak sambil sarapan sekali dengan suami. dan bermulalah dialog antara suami dan Cik Sal, "Hari ni jumaat , 6hb  " .  Kata  Cik Sal kepada suami . "Hari ni anak kita dah masuk 3 bulan dan semakin sihat nampaknya". "Abang mesti tak ingat kan". Huhuu . "Ingatlah . Hehee". Balas suami Cik Sal sambil mengukir senyuman. Cepat betul masa berlalu, anak dah 3 bulan . Tirai 2013 pun bakal berlabuh dalam beberapa minggu je lagi. Alhamdulillah, anak pun makin membesar , dan makin banyak ragamnya. Dah pandai ajak bersembang bagai.. Hehee. Macam tu lah kita masa kecik-kecik dulu . Bila tengok anak, hilang segala penat . Suami pun bila balik je dari kerja terus dukung anak..dicium...