Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Kicap Jalen Mini Pon Boleh Jadi Door Gift !

Assalamualaikum.. Memandangkan sekarang ni tengah musim cuti sekolah, jemputan ke majlis perkahwinan tu macam  dah jadi satu kemestian je, bila cuti sekolah masa tu lah undangan beratur je menyusul. Apa lagi,   kami pon terjebak sama, balik kampung ! yeehaaa. Sabtu lepas, kami pon tak terkecuali untuk bertandang ke Simpang Renggam untuk hadiri majlis perkahwinan saudara sebelah mak mentua. Kami gerak dalam pukul 12.00 pm macam tu dan sampai lebih kurang pukul 1.00 pm . Sampai je , kami pon disambut dari pihak tuan rumah. Dijemput makan bagai semua.. ngap ngup ngap ngup ngap .. selesai lah sesi bersantap .. Menjadi kebiasaan, bila dah siap makan , kami pon terus beransur,  jumpa tuan rumah ...siap salam semua  kami pon diberi  beg cenderamata. Dalam hati dok monolog gak, apa isi dalam beg ni ek?? Tiba  - tiba, tekak ni terasa haus plak... padahal tadi da minum dah air. Cik Sal pon lajukan langkah, konon nak bukak beg tu dalam...

Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...