Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Ni Hao Ma ? Disember Terakhir ?

Hen hao..heheee Minggu lepas, pergi outing dengan Cikgu Hassan ,Cikgu Jamri dan Cikgu Amir .. kalau tengok gambar di atas.. aku sahajalah tetamu perempuan yang ada pada masa tu... sebelum tu , aku ngan Cikgu Hassan pergi menjamu selera di Garden Homes, banyak cerita yang kami kongsikan.. maklumlah , sudah lama tidak bertemu . Seingat aku, sudah 3tahun kami tidak bersua muka .. Perjumpaan kami di buat di Doll Tomyam, Senawang..rasanya ni kali pertama kot aku pergi makan kat sini... hujan turun dengan lebat sangat masa tu, jalan pulak sesak ..tapi tu semua bukanlah penghalang besar untuk kami berjumpa ..heheeee.. Seronok rasanya , jumpa cikgu-cikgu yang banyak berjasa ...semuanya tak berubah..gaya, dan senyuman masih lagi segar diingatan... cerita yang kami kongsikan banyak berkisar kepada kehidupan sekarang. Kan seronok kalau dapat buat perjumpaan lagi, sembang itu dan ini..bergurau senda..makan-makan , makan durian puas-puas ..huhuuuu...durian lagi.... Harap-harap dapat jumpa lagi, ...

Dinner At Royale Bintang

Gather with my colleagues :) Menu : Macam-macam ada , Tema : Star In The Red Carpet Kehadiran : Pensyarah-pensyarah dan kakitangan HDSB Jutaan terima kasih kepada semua pelajar BHRM semester 6 "best of luck" , Tuntasnya : Perlu diperbaiki ...

Lagu Itu Sekadar Mainan Di Bibir Sahaja

Sejak kebelakangan ni , aku lebih tertarik untuk mendengar suara yang merdu lagi menyusup dada.. betapa merdunya suara dia... itu lah kan kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya, bertubuh kecil molek lagi comel orangnya..Shila Hamzah yang terkenal dengan lagu Patah Seribuuu itu telah berjaya menambat hati ku .. wahahahhaha.. bait-baitnya sangat puitis... Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri , kadang-kadang setiap lagu yang diminatinya itu ada kisah yang tersembunyi..rata-rata kalau ditanya tentang lagu yang kita suka ...kebanyakanya mengatakan lagu tersebut mengingatkan mereka tentang itu dan ini... terserahlah kan... hak masing-masing... Luar Tingkap ~ Ermmm, kenapa saya suka lagu tu ( Patah Seribu ) : Saya suka dengan liriknya,,,hehehhe... sesuai untuk diubah lirik tersebut dan menjadikanya sebuah cerita yang benar2 berlaku ... adakalanya cerita itu berkisar tentang tunang saya sendiri... Contoh 1: patah seribuuuu , hati ku kerna tak dapat pergi jam ~~~~~~~ hahahhaha, kesian ...

SukaNeka HDSB

Biarlah gambar-gambar yang bercerita , Berakhir sudah aktiviti sukaneka untuk semua kakitangan High Ed Degree ~ Jutaan terima kasih kepada Akak Eqin , atas kesudianya menyediakan sarapan pagi... dan Sekalung tahniah buat kakitangan yang "sanggup" merelakan diri sendiri untuk menjayakan aktiviti tersebut. ~ 10.12.11 ~

Selamat Menyambut Hari Asyura

Selamat menyambut Hari Asyura buat semua umat islam di dunia. Tahu kah kita maksud Asyura ? Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram . Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi . Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perkara yang berlaku pada Hari Asyura : Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan . Allah menjadikan 'Arasy . Allah menjadikan Luh Mahfuz . Allah menjadikan Malaikat Jibril . Nabi Adam a.s. dicipta. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. ...