Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Makan Damai Di Tanjung Bidara

Assalamualaikum.. Semangat berkobar-kobar di pagi ahad. Pada mulanya hasrat suami hanya untuk menservis kereta di Perodua Masjid Tanah . Memandangkan tempat tu dekat dengan Tanjung Bidara , maka pangjanglah langkah kami pada hari tu. Lebih kurang pukul 1.00pm macam tu kami pun keluarlah dari rumah , pungpangpungpang .. Sampai je kat tempat tu dah tutup.. Siap dengan makluman sampai pukul 2.00pm sahaja beroperasi. Huhuuu.. Kami plak sampai  dengan penuh bersemangat  tepat jam 2.00pm  . Kikikiii, Senyum je lah tengok ofice depa dah tutup. Bergeraklah kami ke Uitm , Lendu untuk ambil sepupu kemudian meneruskan perjalanan ke Tanjung Bidara. Sebelum bergerak t/hari  tu , Cik Sal dah siap2kan bekal bagai, sempat jugaklah masak lontong + sambal tumis ,dan  keropok pedas buat kat Tecso hahaaaa. Lebih kurang pukul 3.00pm macam tu , kami pon sampai .. Usai solat zuhor di surau , barulah kami menempel di astaka.. Tempatnya cantik juga...

Kuih Serabai

Assalamualaikum.. Kali   ni   nak   cerita   pasal   serabai. "Kuih serabai". Mula-mula makan kuih ni masa bulan puasa tahun lepas. Kebetulan pergi bazar ramadhan nak cari juadah untuk berbuka sampai je kat 1 gerai yang jauh dari pandangan figura manusia. Terus berhenti , selain tu ada jugak kuih-muih lain  tapi, masa tu suami beli popia ,agak besar jugak saiz popia tu.Rasanya pun sedap .Memang kenalah dengan kuahnya. Sambil2 mata dok melilau tengok kuih-muih, Terdetik gak kat hati nak beli kuih serabai masa tu, tanya itu ini dengan makcik tu. Dia kata kuih ni rasa manis2 sikit, masam2 sikit tak lah semasam limau sebabnya ramuannya menggunakan tepung beras dan mauripan rasanya macam tosei Alamak, dah lah tak berapa gemar sangat makan tosei,  kuih ni cicah dengan kuah durian balas makcik tu. Akhirnya, memang tak beli.  Bila dah sampai ja kat rumah, rasa kecur plak lidah ni  tiba-tiba teringin nak makan kuih serabai. Sudahnya, suami put...