Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Gyoza

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Kali ni nak kongsi satu makanan sejuk beku yang boleh dikatakan salah satu kegemaran jugaklah. Alkisahnya benda macam ni suami yang banyak perkenalkan, kalau tak memang tak kenal lah sampai bebila.  Diberi nama gyoza,  atau dalam bahasa inggeris Japanese chicken dumpling, Kat mana nak cari dan nak beli? Boleh cari di semua supermarket tesco, aeon,tf dan sebagainya.Di bahagian peti sejuk beku. Haaa korang bolehlah try riki.  Macam mana nak masak? Mudah je, boleh ikut arahan dibalik plastik ada disertakan cara memasaknya. Semudah 1 2 3 dah siap telan habis. Hahaaa Langkah 1 - koyakkan sikit plastik keluarkan gyoza tu, tak perlu dinyahbeku memadai dibiarkan seketika. haa macam dalam gambar tu, macam tu lah rupanya gyoza itu ya. Langkah 2 - amik pan non stick panaskan sekejap dan masukkan  satu sudu besar lebih sikit minyak masak, agak da panas masukkan kesemua gyoza tu ...

Selamat Tahun Baru 2019

Assalammualaikum dan selamat petang.  Selamat tahun baru 2019. Rasanya belum terlewat lagi nak mengucapkan selamat tahun baru, yang pastinya tahun baru ni mesti banyak benda yang nak dicapai dan menambahbaikkan lagi kualiti hidup.  Benda nan lalu biarlah berlalu, azam nak diet dan kurus eloklah diperhalusi. 😂😂Pedih jugak pesanan ni.. takk ..ni ditujukan kepada diri sendiri. Ya salah satu azam tahun lepas yang dibawa bersama sisa azam beberapa tahun nan lalu. Hahaa.  Dapatlah turun 3kg, tapi tengok gaya sekarang macam bertambah naik je.  Selain tu ingin Farah coretkan di sini juga, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang  Ilahi.Menampal mana yang rabak, menambah mana yang terkurang. Update keluarga masih lagi berlima, punya anak 3 orang.. yang sulung sudah pun berusia ke 6 tahun, yang kedua berusia 3 tahun dan bongsu berusia 2 tahun. Inilah keluarga kecil saya, yang membesar hanyalah kenangan yang semakin bertambah untuk disimpan d...