Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Terima Kasih Bos ~

Bos aku bagi hadiah , aku rasa besday aku jauh lagi.. ka sebab bos tak dapat bawak aku pergi Pesta Buku kelmarin alaaaaa yang dekat PWTC tu...kalau nak diikutkan aku dah selamat dah menjejakan kaki ke sana , pergi bersama opizmate aku ...dah alang-alang aku nak ke PTPTN , kami gerak sama je lah..setel je tugas aku kat PTPTN kami terus g PWTC...merayau lah kami kat sana, keluar masuk masuk keluar tu je lah kejenya..hehehhehehe, Si Ben dan  Kak Nani senyum ja lah ikut rentak aku p mencari buku... akhirnya, buku origami ja yang aku berjaya beli...hahhahahaha Dah setel cari semua buku untuk library dan  buku tuk diri sendiri, kami pun pergilah menyinggah makan dekat tepi sungai yang wangi  tu..huuuuhu, aku rasa last lah aku makan kat sini.... pulang lah kami dengan muka yang keletihan ..rasa nak pengsan pun ya jugak..kepenatan berjalan sakan... Eh, masalahnya sekarang pemberian yang aku terima tu sempena apa ? Bos bagi 2 buah buku novel cinta cintun dan kain telekung...

Beralih Bulan

Hari silih berganti, kadang-kadang hati ni terpanggil untuk melatari semula diari lama yang telah aku biarkan sekian lama. Sudah sampai masanya untuk aku mencatatkan semula kisah semalam biar jadi kenangan...menghabiskan masa santai di waktu malam membuatkan aku jadik lebih kreatif dengan menyiapkan origami yang tak pernah siap, kakakkakaa..... Mei dah nak berakhir, minggu terakhir Mei ni banyak perkara yang berlaku disekeliling aku . Seingat aku, yang paling best adalah hari dimana kawan sepejabat aku bergelar suami..aiceceeeee, Si Insan Kamil tu lah maksud aku. Sorang-sorang akan ikut jejak langkah Si Kamil, dan selepas ni Akak Zizi. Selepas 3 bulan kemudian giliran aku plak. Bulan ni ja, kad jemputan yang aku dah berjaya terima ada 3 keping..bulan depan aku tak pasti..dan bulan -bulan akan datang sudah semestinya ia akan bertambah lagi..almaklumlah, musim cuti sekolah.mestilah ramai yang memilih untuk mengadakan majlis walimah.. Si Tinggi pun dengar khabarnya nak hantar ka...

Selamat Hari Guru Cikgu ~ !

Ringkas tapi padat, Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu.. ;)  *  ( Hantar guna SMS ja ) Cikgu Amir a.k.a Ayahanda               : Terima kasih anakanda.... Ayahanda amat2 menghargai ingatan anakanda itu..  -  Reaksi Aku - Senyum lebar, syukur Alhamdulillah. ################################################################################## Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu.. ;) Cikgu Hassan                                    :  TQ anak murid ku yang comel .. * ( Hantar guna SMS ja ) - Reaksi Aku - comel ka saya ni cikgu ;) , bisik dalam hati ja.. hehehehhe ################################################################################# Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu....

Doa Buat Kalian

Tetiba teringat dengan kawan-kawan lama, masa cepat benar berlalu... meninggalkan perasaan yang teramat rindu pada kalian.  Sedang aku leka mengimbau kenangan, gambar semasa bersama kawan-kawan satu-satu hadir di pandangan ku... saat bersuka ria, saat berduka cita sentiasa terbayang.. satu-satu wajah hadir dalam minda ... setiap empunya nama pasti mepunyai nama gelaran... petai, apam balik, rojak, amoi mata sepet, timah lawa, belacan, cencaluk..hehehehhe..indahkan,  Dalam bersahabat harus semat rasa saling percaya mempercayai, lantas erti kasih seorang sahabat akan lahir dengan sendirinya..  jujur itu perlu, ikhlas pula penghias dalam jalinan persahabatan.. semoga jalinan kasih sebagai sahabat , teman , kawan dan rakan kekal hingga ke akhir hayat seterusnya di alam sana.. aminn Doaku buat kalian,  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم Ya Allah... Panjangkanlah umur Teman dan sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,... Terangi ha...

Sudah Sudah Lah Kamu Ni ,

Cuba untuk jadi seorang yang lebih peka , Cuba untuk tidak  mengeruhkan keadaan, Cuba sehabis baik untuk menjadi pohon yang rendang untuk dijadikan tempat berteduh, Cuba untuk menjadi dahan yang kukuh, supaya dapat dijadikan tempat berpegang untuk berpaut, Saya masih lagi mencuba........ sudahhhh, cukup ..cukup sudah.. cukup sudah sampai di sini sahaja...