Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Uri & Cebisan Tali Pusat Eryna ~

Assalamualaikum. Kali ni entri berkisar tentang  uri dan cebisan tali pusat . Dalam hal sebegini, kita iaitu yang bergelar BAPA/IBU mestilah tahu bagaimana ingin menguruskannya. Uri  Cara uruskannya:- 1- Basuh dengan air paip sampai hilang bau darah. 2- Agak2 dah bersih dan tiada bau darah , bungkus dengan kain . 3- Gali tanah  sedalam yang boleh. ( bagi mengelakkan haiwan menggali tempat tersebut ) 4- Dengan lafaz Bismillah , kita tanam ja  dan timbus semula . Siap! PESANAN - JANGAN TANAM URI DENGAN ALAT TULIS, LADA HITAM ,  & BENDA TAJAM ATAU KATA MUDAHNYA JANGAN BUAT PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH, KHURAFAT NAMANYA!  Cebisan Tali Pusat   Setelah gugur ja cebisan tali pusat anak, Suami terus tanam. Cebisan tali pusat merupakan sebahagian anggota dari badan , sama juga seperti kuku dan rambut..ia perlu ditanam. Heheee Mekar sunguh bunga mawar kampung ni 

Putu Bambu Special Juriah Air Hitam ~

Assalamualaikum. Cuti Raya Cina minggu lepas. Memandangkan suami bercuti panjang, kami pun merancang untuk pulang ke kampung halaman. Mula2 kami gerak pulang ke Gemas, usai solat jumaat  dan makan t/hari  barulah kami gerak menuju ke Batu Pahat, kampung suami. Perjalanan dari Gemas menuju ke BP mengambil masa lebih kurang 3jam lebih macam tu. Kebiasaannya lah. Tapi, bila dalam keadaan yang cuti umum.. yang rata2nya semua orang dok sibuk mahu pulang ke kampung. Tak kiralah bangsa apa sekalipun. Maka , tidak hairanlah jika kami sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 6.00petang iaitu mengambil masa lebih kurang 4 jam gitu. Huhuu.. Penat dok lelama dalam kereta. Tidur bangun tidur tak juga sampai. Dapat2 lagi kalau ikut jalan lama. Begitulah . Ntah bila nak ada highway agaknya. Bertabahlah kepada sesiapa yang melalui jalan tersebut. Lebih kurang pukul 5.15petang cenggitu, Kami pun tiba di Ayer Hitam. Menjadi kebiasaan .. Bila sampai ja sini tak sah kalau tak...