Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Agama

Doa Pagi Jumaat

Salamun salamun kamiskil khitaam 'Alaikum uhaibaa banaa yaa kiraam.. Alhamdulillah, sudah sampai ke hari jumaat yang terakhir dalam bulan disember..penghujung tahun 2013.. Cepat benar , masa berlalu.. Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya.. :)

Pesanan Buat Diri Sendiri & Insan Insan yang Cik Sal Sayangi

Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433 Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini; 1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini. Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb." ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله. - Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak. ◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak. ✉>...

Malam Nisfu Syaaban

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya.. Cik Sal masih lagi dapat bernafas , dan merasai nikmat pancaindera yang telah diberi pinjam buat seketika . Hari ni 4hb Julai 2012 bersamaan dengan 14Syaaban.. DAN esok adalah 15 Syaaban ... Malam ni, malamnya iaitu Malam Nisfu Syaaban .. . Ya Allah, sesungguhnya hamba Mu ini berasa kerdil untuk meminta minta  kepadaMu .. Ku layarkan kuntuman doa yang berpanjangan moga diampunkan dosa dosa yang telah ku lakukan atas kelalaian diri ini, Ku Panjatkan doa semoga diri ini di tetapkan iman di dada, Ya Allah Ya Tuhan ku Hanya kepadaMu aku memohon dan terus memohon Cik Sal titipkan sehamparan bingkisan buat tatapan diri sendiri hehe:)~ Credit To As-Sabiqun Enterprise NISFU SYAABAN....... Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Q...

Sunnah - Sunnah Hari Jumaat

  Berikut dilampirkan Sunnah-Sunnah Hari Jumaat yang boleh diamalkan . Penulis mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian tuan -tuan , dan puan - puan yang sudi meluangkan waktu untuk membaca nota ringkas yang penuh manfaat ini . Bagi tuan - tuan sekalian sila ambil tindakan dengan kadar segera . Sekian, Terima kasih. Dah apa ntah yang aku mengarut pepagi ni ..hehehehe P/s : Selamat beramal

Tanda Bacaan WAJIB Ikut Dan Patuhi

Tanda apa ni ya ? Jika dilihat sekali imbas sudah pasti lah kita teringat dengan kitab Al-Quran kita, melihat tanda bacaan tersebut INGAT kah kita tentang maksud tanda -tanda bacaan tersebut tatkala kita membaca Al-Quran? Menurut Ibnu Al - Jazari Al-Quran WAJIB dibaca secara TAJWID ."Berdosalah membaca tanpa tajwid,sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan TARTIL iaitu membacanya dengan sebutan yang betul ( dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya dan membaca menurut hukum-hukum tajwid ) dan membaca dengan lambat-lambat , kerana maksudnya membaca Al-Quran itu ialah dengan TADABBUR atau BERFIKIR dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat. Membaca dengan TARTIL itu adalah amat memberi kesan dalam hati dan lebih layak untuk berfikir dan memahaminya. Allah s.w.t berfirman maksudnya :" Dan tartilkanlah bacaaan Al-Quran dengan sempurna ".  ( Surah Al Muzammil ayat 4 ). ...