Selamat pagi. Dah sarapan? Rini Cik Sal masak roti jala. Pagi-pagi lagi dah menjala..Heheee. Dah agak-agak malas nak menjala Cik Sal pun melempenglah..Hahaaa. Jadiklah ..sedap jugak . Cicah ngan kari ayam. :) Okaylah , kali ni nak kongsi sikit tentang barang-barang yang perlu kita bawa semasa ke hospital. Kalau boleh pastikan ada 2 beg yang perlu kita sediakan.. 1 beg untuk anak dan 1 lagi beg untuk diri kita sendiri. Beg untuk diri kita mengandungi barang seperti berikut :- 1) Tuala mandi 2) Kain batik / seluar longgar 3) Blouse ( baju yang longgar dan butang di hadapan ..bagi memudahkan sesi penyusuan ) 4) Tudung ( kalau boleh bawak ja tudung sarung senang, cepat dan mudah ) 5) Maternity pad ( benda ni ada 2 jenis , bertali dan yang biasa ) - Cari pad yang jenis tebal sebab nak tampung aliran darah yang banyak 6) Stoking 7) Perkakas mandi ...