Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Oh Anak

Kelmarin & Semalam Jika Digabungjalinkan Jadilah Sebuah Cerita

Assalammualaikum... Kat sini mendung ja , walaupun mendung pengunjung yang dtg ke Melaka tak putus-putus ada je orangnya dan jalan pun sesak dapat-dapat lak hari sabtu dan ahad  memang tekanan lah kalau sesiapa yang bawak kereta tu. Tidak dinafikan, suami sendiri dah mengalaminya  1 jam pusing-pusing cari parking sudahnya kami pulang ja  ke rumah. Kononnya nak naik kapal besar yang kat depan bangunan merah tu. Sadis. Sejak duduk Melaka, kapal tu memang kami tak pernah naik Hahaaa, kelakar pun ye jugak selalunya kami lalu ja dan pandang ja. Bila kawan tanya, kat dalam kapal tu ada apa weh ? Cik Sal jawab ada bendalah.. Lepas tu memang kawan Cik Sal dah tak tanya dah lagik, Hahaaa. Sekarangkan cuti sekolah, adik yang bongsu pun ada kat rumah..ingatkan nak bawak lah g naik kapal besar tu. Harapan. Sebelum pergi tu, kami menyinggah dulu kat Aeon Melaka masuk daiso cari beg untuk isi barang Eryna . Dah siap sume, kami pun pergilah masuk vivo nak cuba rasa depanya p...

Cerita Disebalik Eryna Disuntik

Dah makan ka ? Sementara masih berbaki 2 minggu ni, Cik Sal gigih menaip .Hahaa. Kali ni nak kongsi cerita masa anak disuntik . Mulanya ketika hari ke -2 Eryna dilahirkan . Masa tu Eryna masih lagi ditempatkan di wad rawatan rapi.Cik Sal plak masih lagi kat wad sementara nak menunggu suami dan emak dtg . Tiba-tiba ada nurse dtg sambil bawak buku merah dan hand out tentang suntikan BCG .Masa tu tercengang-cengang jugaklah kan.. Eh! Nape nurse ni nak cucuk BCG plak.. Belum sempat tanya, Nurse kata. "Dik.. akak nak cucuk anak ya, cucuk BCG.  Ni handout akak bagi adik boleh baca ya". sambil tersenyum . Cik Sal pun angguk tanda , faham. Patutlah, masa duduk wad ritu, ada baby dok nangis teriak sebab kena cucuk.. yang kesiannya, masa Eryna kena cucuk mama dia tak da kat sisi dia. Emmm, ntah macam mana ntah gayanya dia melalak agaknya. Lebih kurang pukul 1.00pm macam tu, suami dan emak pun tiba..Cik Sal dan suami terus ke wad nursery nak tengok anak. Sampai j...

Mesra Desa & Bandar

Cantik kan nombor kat atas tu. 11.12.13 bersamaan 8 safar 1435. ******************************************************* Assalammualaikum.. Selamat malam.. kakakaa.. skemanya. Masih lagi dalam mood mesra desa .. Sebenarnya Cik Sal baru je pulang dari kampong. Hari ni 11.12.13 barulah pulang ke teratak sewa di Melaka. Kami sampai agak lewat, dek kerana terlalu mesra bersembang akhirnya lewatlah tiba di rumah. Lebih kurang pukul 5.00petang macam tu barulah sampai . Percutian ke kampong kali ni mengambil masa yang agak lama , iaitu selama 5hari. Memandangkan suami berkursus di Kuala Lumpur, makanya Cik Sal dan anak dihantar pulang untuk seketika . Bila dah dapat balik kampong ni, memang gumbira ya amatlah kan. Tengok mak ayah dan adik beradik, sambil2 tu menziarah jiran yang baru juga menyambut kelahiran "orang baru " . Eemm seronoknya la  hai ! :) Petang tadi selepas dah masukkan barang-barang dalam kereta, terus cakap kat suami nak p melawat...

Eryna Sudah Berusia 3 Bulan

Assalamualaikum.. Pagi tadi agak lewat  untuk siapkan sarapan pagi , usai solat subuh terus tertidur . Dek kerana mengantuk sangat melayan keletah anak sampai ke awal pagi.  Selepas menyiapkan sandwich daging atas permintaan suami . Cik Sal pun mulalah main gelak-gelak dengan anak sambil sarapan sekali dengan suami. dan bermulalah dialog antara suami dan Cik Sal, "Hari ni jumaat , 6hb  " .  Kata  Cik Sal kepada suami . "Hari ni anak kita dah masuk 3 bulan dan semakin sihat nampaknya". "Abang mesti tak ingat kan". Huhuu . "Ingatlah . Hehee". Balas suami Cik Sal sambil mengukir senyuman. Cepat betul masa berlalu, anak dah 3 bulan . Tirai 2013 pun bakal berlabuh dalam beberapa minggu je lagi. Alhamdulillah, anak pun makin membesar , dan makin banyak ragamnya. Dah pandai ajak bersembang bagai.. Hehee. Macam tu lah kita masa kecik-kecik dulu . Bila tengok anak, hilang segala penat . Suami pun bila balik je dari kerja terus dukung anak..dicium...

Sweet September

Assalammualaikum .. Lama dah tak menulis kat ruang bisu ni, sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan september ni . Tapi, tak tahu nak mula dari mana . Panjang kisahnya ...    ( panjanglah sangat )   ;)                           Biarlah gambar yang berbicara... :) Syukur Alhamdulillah, Cik Sal dah jadi mama :)  Hari Jumaat - 6hb September 2013 , Pukul 2.00petang Lahirnya seorang puteri yang diberi nama Nur Eryna Batrisyia binti Mohd Nazren Gambar yang diambil selepas 3 jam kelahiran ,  mula-mula En.suami tengok untuk qamat dan azan tapi tak dibenarkan mengambil gambar plak ...masuk kali ke - 2 baru dapat tangkap , itu pun curi-curi tangkap . Hiks :)

Bila Si Kecik Tak Muncul - Muncul Keluar ~

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat lagi kot untuk ucap selamat hari raya . Walaupun hari ni dah menginjak ke 21 Syawal.. ye ka ? ( sambil cari calendar ) :) Diam punya diam, hari ni dah 28hb Ogos 2013, sepatutnya tarikh ni Cik Sal dah berada di ward atau kamar bersalin.. huhuuuuu, la ni masih berada di rumah lagi.. masih boleh lagi ke hulu ke hilir , makan itu dan ini ...panahan syawal ...malam tadi sempat gak ngap sate , lemang , kuah kacang , mee hoon dan rendang daging... hasil tapau encik suami ...kikikiiii. Makan bagai nak rak, sakit tak jugak muncul.. ( konon ) habis puasa , syawal pon  menjelma .. dan kini syawal hanya berbaki lebih kurang 9 hari je lagi untuk meninggalkan kita semua .. Lepas ni boleh lah focus kat Raya Aidiladha plak..ehehheheee..ada hati, time tu Cik Sal dalam pantang lagi.. insyaAllah :) Sebenarnya , dalam hati ni dok berdebar- debar jugak.. bila nak tiba rasa sakit tu. Setiap hari dok pikiaq.. bila nak bersalin ni.. barangkali si kecik n...