Skip to main content

Posts

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi

Jum duduk-duduk dekat Kem Tangga Batu,... nak duduk tu hati-hati ya..anak pacat mencari mangsa untuk menghinggap..heheeeee....ya adoiyai..... Gambar ini merujuk kepada Kak Eqin dan diri aku sendiri....bersantai di Kem Tangga Batu. Bukit Botak , bila dah sampai sini... anda perlu lah mempunyai kekuatan kaki dan tangan untuk mendakinya ... bukit ini menandakan anda semakin hampir menuju ke puncak Angsi... Ini papan tanda yang menunjukan kita sekarang berada di Bukit Botak....nak sampai ke sini memerlukan usaha yang gigih ya... semasa mendaki pastikan kita mempunyai semangat yang kuat dan jitu untuk mengharungi segala bukit bukau yang ada... Okay, dah sampai Puncak Angsi... jum jalan-jalan kat sini.... Inilah kawasan di sekitarnya... ada pokok buah mangga..hehee. Okay, tamatlah sudah aktiviti jalan-jalan ke Gunung Angsi... moh ler kita jalan tempat lain plak ya...

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi ( Bah.1 )

Hujung bulan september yang lalu, aku , Kak Eqin, Kamil , dan beberapa orang pelajar SKM jalan-jalan ke Gunung Angsi ... yang terletak di Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul , Kuala Pilah... tompek eh memang lah cantik.. selesa dan damai sekali...sebonar ehhh, eden tak nak citer lobih-lobih lah.. tengok ee lah gambar kat bawah ni haa... sonang citer.. Posing manis kat van kesayangan kami..heheeee.... kak Eqin Gambar ni diambil semasa kejadian mendaki di tahap 3 ,bak kata peminat game level 3 lah..heheeee... caya lah ... Ni plak, eden tak tahu lah...tak silap den masa ni Kak Eqin tengah memikirkan strategi untuk ke atas puncak kot... hehehhehe

Debarnya Semakin Terasa

Hadoi debaranya semakin terasa lah... ya hadoi.. hehehehhe, gelak sakan bila tengok cerita edisi khas... ya hadoi yai... hahhahahha,,,,gelak-gelak jugak... debaranya semakin terasa... masih berbaki 2 minggu sahaja lagi.. majlis bakal berlangsung ... Doaku semoga majlis berjalan dengan lancar .... setakat ni sahaja lah ya .. t kita chit chat lagi...

Tatkala Sudah Tertulis

Semalam, sedang aku siap-siap untuk ke pejabat... Kak Zizie bagitahu yang ayahanda En Mizan telah pulang ke Rahmatullah... Al-Fatihah balas ku.... semoga ayah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... dan semoga rohnya dicucuri rahmat .... Dan pagi itu juga, aku, Kak N, Kak Mie,Kak Zizie , Azhar, En. Warid, Sayeid, dan En Anuar pergi menziarah... ku lihat sekujur tubuh diam kaku membisu... air mata ku hampir juga menitis.. al maklumlah.. kita juga akan merasa saat kehilangan ... semua orang akan merasa detik itu... tapi siapa lah kita untuk menghalangnya.. jika semua itu sudah tertulis sejak azali lagi... Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan kedua ibubapa kita ... samada mereka masih hidup atau sudah tiada lagi.... janganlah diputuskan doa buat mereka... itu pesanan yang ku pegang sampai ke hari ni.... "Ya, Allah kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihi diri ku.. rahmatilah mereka di dunia mahupun di akhirat kelak".. ...

Sudah Tiba Masanya

Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, tapi rasanya hari ni lagi lebat hujan air mata yang turun tatkala mendapat berita perginya andak Karim ke Rahmatullah, menghadap sang Pencipta ... macam mimpi ja berita yang aku dapat tahu melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh adik ku, pada mulanya aku terkejut juga ehhh, kenapa pula adik aku mesej pepagi ni... dia tak pernah begini, selalunya waktu malam sahaja dia akan bertanya itu dan ini.... Selepas membaca mesej tersebut , tiada lain keluar daripada mulut aku... hanya Al-Fatihah yang ku tuturkan ... sebak di dada... teringat kembali waktu terakhir aku dan keluarga berjumpa beliau adalah semasa hari raya pertama 2 bulan yang lepas... dan raya haji bakal menjelma lagi....semuanya hanya tinggal kenangan... baru aku terdetik untuk bertanya tentang lembu-lembu peliharaannya.... dan sangat terujanya lah aku untuk berjumpa dengan beliau pada hari raya haji untuk menjemput beliau dan keluarga datang ke majlis ku nanti.... memadailah......