Skip to main content

Posts

Doa Pagi Jumaat

Salamun salamun kamiskil khitaam 'Alaikum uhaibaa banaa yaa kiraam.. Alhamdulillah, sudah sampai ke hari jumaat yang terakhir dalam bulan disember..penghujung tahun 2013.. Cepat benar , masa berlalu.. Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya.. :)

Kelmarin & Semalam Jika Digabungjalinkan Jadilah Sebuah Cerita

Assalammualaikum... Kat sini mendung ja , walaupun mendung pengunjung yang dtg ke Melaka tak putus-putus ada je orangnya dan jalan pun sesak dapat-dapat lak hari sabtu dan ahad  memang tekanan lah kalau sesiapa yang bawak kereta tu. Tidak dinafikan, suami sendiri dah mengalaminya  1 jam pusing-pusing cari parking sudahnya kami pulang ja  ke rumah. Kononnya nak naik kapal besar yang kat depan bangunan merah tu. Sadis. Sejak duduk Melaka, kapal tu memang kami tak pernah naik Hahaaa, kelakar pun ye jugak selalunya kami lalu ja dan pandang ja. Bila kawan tanya, kat dalam kapal tu ada apa weh ? Cik Sal jawab ada bendalah.. Lepas tu memang kawan Cik Sal dah tak tanya dah lagik, Hahaaa. Sekarangkan cuti sekolah, adik yang bongsu pun ada kat rumah..ingatkan nak bawak lah g naik kapal besar tu. Harapan. Sebelum pergi tu, kami menyinggah dulu kat Aeon Melaka masuk daiso cari beg untuk isi barang Eryna . Dah siap sume, kami pun pergilah masuk vivo nak cuba rasa depanya p...

Barang Yang Perlu Dibawa Bersama

Selamat pagi. Dah sarapan? Rini Cik Sal masak roti jala. Pagi-pagi lagi dah menjala..Heheee. Dah agak-agak malas nak menjala  Cik Sal pun melempenglah..Hahaaa. Jadiklah ..sedap jugak . Cicah ngan kari ayam.  :) Okaylah , kali ni nak kongsi sikit tentang barang-barang yang  perlu  kita bawa semasa ke hospital. Kalau boleh pastikan ada 2 beg yang perlu kita sediakan.. 1 beg untuk anak dan 1 lagi beg untuk diri kita sendiri. Beg untuk diri kita mengandungi barang seperti berikut :- 1) Tuala mandi 2) Kain batik / seluar longgar 3) Blouse ( baju yang longgar dan butang di hadapan ..bagi memudahkan  sesi penyusuan  ) 4) Tudung ( kalau boleh bawak ja tudung sarung senang, cepat dan mudah ) 5) Maternity pad ( benda ni ada 2 jenis , bertali  dan yang biasa  )        - Cari pad yang jenis tebal sebab nak tampung aliran darah yang banyak  6) Stoking 7) Perkakas mandi ...

Cerita Disebalik Eryna Disuntik

Dah makan ka ? Sementara masih berbaki 2 minggu ni, Cik Sal gigih menaip .Hahaa. Kali ni nak kongsi cerita masa anak disuntik . Mulanya ketika hari ke -2 Eryna dilahirkan . Masa tu Eryna masih lagi ditempatkan di wad rawatan rapi.Cik Sal plak masih lagi kat wad sementara nak menunggu suami dan emak dtg . Tiba-tiba ada nurse dtg sambil bawak buku merah dan hand out tentang suntikan BCG .Masa tu tercengang-cengang jugaklah kan.. Eh! Nape nurse ni nak cucuk BCG plak.. Belum sempat tanya, Nurse kata. "Dik.. akak nak cucuk anak ya, cucuk BCG.  Ni handout akak bagi adik boleh baca ya". sambil tersenyum . Cik Sal pun angguk tanda , faham. Patutlah, masa duduk wad ritu, ada baby dok nangis teriak sebab kena cucuk.. yang kesiannya, masa Eryna kena cucuk mama dia tak da kat sisi dia. Emmm, ntah macam mana ntah gayanya dia melalak agaknya. Lebih kurang pukul 1.00pm macam tu, suami dan emak pun tiba..Cik Sal dan suami terus ke wad nursery nak tengok anak. Sampai j...

Mari Kita Ber- HERSHEY'S

Beli menda ni semata-mata nak kan bekasnya je  . Hiks Selamat sejahtera ke atas kamu. Dah sampai masa untuk bersantap. Sambil-sambil tu telan menda  ni sikit-sikit. Bukan beria sangat pun nak makan. Hahaaa, mujur Eryna kecik lagi kalau tak mesti mama dia dah sumbat kat mulut dia . Bekas  ia cantik, sejak dua menjak ni suka plak kumpul benda cenggini.. letak lah apa2 yang boleh disimpan dalam bekas ni. Sempena krismas.. sebab tu depa deko kasi lawa bekas cenggini. Ingatkan masa suami beli dapat bearnya sekali. Rupanya tidak.Hahaaa. Cik Sal bukanlah seorang yang "hantu"coklat..setakat untuk merasa boleh lah.. itupun rasa di hujung lidah ja.. Ini je isi yang ada.. Sedap jugak lah...