Skip to main content

Posts

Tinta Farah D

Assalamualaikum.. Dipagi cerah ini ku tinggalkan sebaris  dua perenggan yang mana nama Cik Sal telah pun ditukar kepada Tinta Farah D.Sebenarnya nama Cik Sal tu dipilih semasa aku gemar akan watak Cik Sal dalam buku "Tunggu Teduh Dulu" dan ketika itulah blog ini mula dicipta dengan dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh suami..tapi ketika tu kami masih lagi dalam proses perkenalan. Dan kini tiba masanya nama tu ditukar .. dan terciptalah Tinta Farah D.Menggunakan nama sebenar sendiri.Jutaan terima kasih kepada yang sudi berkunjung diblog nan sepi ini. Sekian Selamat berhujung minggu. 28/7/2018

Hadiah Top Komentor

Assalamualaikum Kali ni nak cerita pasal hadiah yang Cik Sal dapat daripada dr.shikin.. menjadi follower dr.shikin sejak tahun lepas , rentetan dok membaca entri berkaitan hal dan cara merawat  jika anak jatuh dari tempat tinggi cth dari katil. Bila dah baca satu entri, tertarik plak baca entri yang seterusnya, yang paling best banyak info yang kita dapat bila baca. Lagi - lagi bila dr.shikin menyentuh bab perubatan. Percaya atau tak punyalah gigih Cik Sal membaca sambil tinggalkan komen ,tak sangka tersenarai plak dalam top komentor. Tu yang semangat lain macam tu ..heee. Ok, kat bawah ni hadiah yang Cik Sal dapat untuk setakat ni. 1) Hadiah yang ni  dapat pada  isnin lepas.. punyalah berkobar semangat .. tak sabar nak balik umah nak buka parcel. Sekali bukak, tapawe + nota kecil+ face mask . Alhamdulillah, rezeki.. Rasa sayang plak nak guna, simpan buat koleksi je kot ;) 2) Hadiah ni plak dapat pada tahun lepas. Ada 4 buah se...

Doa Merawat Batuk & Selsema

Assalammualaikum.. Lamanya tak  hapdet entri baru.. dek kerana kemalasan melanda... dan kesihatan diri  agak terjejas sejak dua menjak ni.. malasnya nak menulis, ditambah plak dengan  cuaca yang tak menentu,  panas hujan berembun bagai, badan pun seolah tak mampu bertahan.. Akhirnya, hidung pun sok sek sok sek.. batuk pun  mengadun.  Eryna plak baru je sembuh dari demam , hampir 2 minggu juga demamnya berlanjutan.. demam bercampur,tumbuh gigi geraham dan barangkali demam terkejut pun ye jugak..  Alhamdulillah, dah kembali sihat .. janganlah meragam ya Eryna, minggu depan awak dah nak masuk sekolah ;) Walaupun tak menghapdet entri baru, Cik Sal rajin juga belek2 akaun nufnang, rata- ratanya banyak carian berkisar  tips merawat demam , batuk & selsema . Musim agaknya.. Disebabkan terlalu rajin berfacebook , akhirnya terjumpa doa merawat batuk & selsema di page Anugerah. Bolehlah diamalkan , selain k...

Our 2nd Anniversary

Assalamualaikum.. Entri kali ni sebenarnya dah lama dipendamlakur, dari hari ke hari nak menyiapkannya, dah siap        separuh simpan lagi, kemudian sambung lagi sudahnya sampai ke tahun baru dah ...barulah dapat      menghabiskannya.. sibuk sangatlah tu? ( kononlah ) , banyak benda yang berlaku, emosi   pon  tak                        stabil..     Alhamdulillah, semua dah berjaya diharungi..selesai dengan jayanya .

Kicap Jalen Mini Pon Boleh Jadi Door Gift !

Assalamualaikum.. Memandangkan sekarang ni tengah musim cuti sekolah, jemputan ke majlis perkahwinan tu macam  dah jadi satu kemestian je, bila cuti sekolah masa tu lah undangan beratur je menyusul. Apa lagi,   kami pon terjebak sama, balik kampung ! yeehaaa. Sabtu lepas, kami pon tak terkecuali untuk bertandang ke Simpang Renggam untuk hadiri majlis perkahwinan saudara sebelah mak mentua. Kami gerak dalam pukul 12.00 pm macam tu dan sampai lebih kurang pukul 1.00 pm . Sampai je , kami pon disambut dari pihak tuan rumah. Dijemput makan bagai semua.. ngap ngup ngap ngup ngap .. selesai lah sesi bersantap .. Menjadi kebiasaan, bila dah siap makan , kami pon terus beransur,  jumpa tuan rumah ...siap salam semua  kami pon diberi  beg cenderamata. Dalam hati dok monolog gak, apa isi dalam beg ni ek?? Tiba  - tiba, tekak ni terasa haus plak... padahal tadi da minum dah air. Cik Sal pon lajukan langkah, konon nak bukak beg tu dalam...