Skip to main content

Apabila Terlalu Peramah Di Laman Muka Buku

Baru-baru ni aku kerap juga terpandang di dinding laman muka buku kepunyaan beberapa orang kawan-kawan ku, cerita mereka lebih berkisar tentang hal peribadi mereka... dan baru-baru ini jugak aku telah terbaca beberapa perihal yang pada pandangan aku 'di laman muka buku bukanlah tempat untuk memperdagangkan cerita peribadi'..sekeras-kerasnya aku berpesan pada diri ku... bukan di sini tempatnya...

Ya benar, barangkali pada tanggapan mereka........... menulis apa pun di dinding mereka adalah hak mereka.. siapa kita untuk menghalangnya..tetapi sekadar berpesan ..bukan ka sedikit sebanyak kita telah memberi peluang kepada orang lain mengetahui aib sendiri dan bukan ka itu adalah perkara yang amat -amat disegani....dan perlu dijauhi.... memanglah untuk berkongsi dengan teman-teman... tetapi tidak semua perkara kita mesti berkongsi dengan teman-teman di laman muka buku....

Seboleh-bolehnya , ingin sangat aku tahu..apa ya motif mereka sehingga berlaku perkara sedemikian... memang lah tak salah untuk bersosial di laman muka buku..tetapi bukan ka kita seharusnya ,sewajibnya mengetahui batas-batas pergaulan apabila berada di dalam laman muka buku..... ya... cakap memang mudah .....tapi kalau dah 24 jam bersama berkepit dengan laman muka buku..apa lagi coretan nya ..begitulah jadiknya....

Dan tidak dinafikan jugak, aku suka jugak melihat kiriman yang ditulis oleh kawan-kawan ku yang mana kisah di dinding mereka banyak memberi manfaat ..ini termasuklah melibatkan soal kehidupan kita seharian, alam sekitar,dan seangkatan dengan nya... mesej yang disampaikan sunguh-sungguh terkesan... dan sedikit sebanyak memang banyak input baru yang kita dapat tambah......

Memandangkan semua orang mempunyai laman muka buku,,,,..pastinya mempunyai kisah tersendiri kan..pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat... terpulanglah kepada individu tersebut..... berfikirlah sebijaknya sebelum dikau berkata-kata di laman muka buku.... semua orang memerhatikan mu....

okay,,, setakat ni sahaja lah luahan ku.... ini bukanlah untuk menunjukan betapa aku seorang yang baik..okhh tidak ..bukan sama sekali... ini hanyalah luahan ku sekadar renungan..kerana diriku juga mempunyai laman muka buku~....


fikir-fikirkanlah...............

Comments

  1. jari jemari bermain diatas papan kekunci, xdapat untuk menghalang jika hati dan jiwa sedang kacau.. luahan di dinding menjadi tempat untuk mengadu secara maya...

    ReplyDelete
  2. semuanya di hujung jari

    ReplyDelete
  3. aku tau..dinding lepa tu dinding rumah...so diorang anggap...hak mereka untuk conteng rumah mereka..dan tak malu pada tetamu yang datang menziarah bila melihat kata2 yang tak terukir indah didinding mereka

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...