Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2019

Assalammualaikum dan selamat petang. 

Selamat tahun baru 2019. Rasanya belum terlewat lagi nak mengucapkan selamat tahun baru, yang pastinya tahun baru ni mesti banyak benda yang nak dicapai dan menambahbaikkan lagi kualiti hidup. 

Benda nan lalu biarlah berlalu, azam nak diet dan kurus eloklah diperhalusi. 😂😂Pedih jugak pesanan ni.. takk ..ni ditujukan kepada diri sendiri. Ya salah satu azam tahun lepas yang dibawa bersama sisa azam beberapa tahun nan lalu. Hahaa. 
Dapatlah turun 3kg, tapi tengok gaya sekarang macam bertambah naik je. 

Selain tu ingin Farah coretkan di sini juga, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang  Ilahi.Menampal mana yang rabak, menambah mana yang terkurang.

Update keluarga masih lagi berlima, punya anak 3 orang.. yang sulung sudah pun berusia ke 6 tahun, yang kedua berusia 3 tahun dan bongsu berusia 2 tahun. Inilah keluarga kecil saya, yang membesar hanyalah kenangan yang semakin bertambah untuk disimpan dalam kotak kenangan.. membesar dan melihat mereka kian membesar. .itu tandanya kita sudah meniti usia. Dalam pada itu juga saya punya anak angkat, Affan, Naurah dan adiknya..(adik Naurah on the way nak lihat dunia) 

Masih lagi bekerjaya.Yaa bekerja di rumah, membuat aneka cookies, kudapan, tat mok mok,  dan menjual aneka kerepek.. kadangkala mengambil tempahan makanan, dan kadang kala membuat kerja menguli tepung untuk dijadikan roti dan pastry. .kalau rajin.. moga terus istiqamah.

Setakat itu sahaja, moga azam dan keinginan dan kemahuan pada tahun ni berjalan seiring dengan jayanya.  

Comments

  1. Selamat tahun baru. Semoga maju jaya dan dapat kuruskan badan. Amin

    ReplyDelete
  2. Done follw blog awak ya.terima kasih datang ke teratak Sabahan Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. .ya bha.. tiba-tiba nak nyanyi lagu tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. .hehee. Pernah datang sekali di KK..

      Delete
  3. Salam perkenalan Tinta Farah D..

    ReplyDelete
  4. CT datang singgah hehe tapi dah February =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...