Skip to main content

Ramadan Al Mubarak

 Assalammualaikum..

Hai.. lama tak menyinggah sini. Sekejapan je kan dah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ni sama je lah, masak untuk berbuka dan bersahur. Datang malas masak, kita beli je kat bazar. Tapi asyik membeli je kadang tekak tak boleh terima juga.

Tapi kali ni rajin jugak buat kuih 3 jenis  lepas tu membeli aja buat rasa. Disebabkan ritu balik ke kampung sambut puasa jadinya kerajinan tu lain macam sikit. Takpalah tahun ni kan tahun dibenarkan rentas negeri, harapnya makin hilanglah covid dari bumi ni. dan kita semua dapatlah sambut puasa bersama keluarga di kampung tahun depan lagi. 

Memandangkan  puasa kali ni   diuji anak sulong positive covid, jadinya masak tu terbatas juga menunya. Kenalah kontrol masakan yang berminyak atau berkuah. Gejala batuknya bikin tak tenang duduk.

Alhamdulillah hari ni dah hari ke -  7 kuarantin. Setakat ni gejala hanya batuk sahaja. Ilman dan Aakif serta mamanya masih lagi bertahan. Harapnya bertahanlah sampai bebila.

Okaylah, setakat ni je dahulu bebelan. Akhir kata selamat berpuasa semua. Terima kasih datang jenguk blog Farah. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...