Skip to main content

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~



Assalamualaikum,

Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama.

Pilihan Pertama: MRSM Serting

MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening!


Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026

Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah.


Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan.


Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama.


Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera yang semuanya dekat antara satu sama lain. Senang la, taklah penat sangat nak berulang.


Selesai Urusan  

Lebih kurang jam 11.30 pagi, selesai kemas bilik, bayar yuran dan buku. Pelajar dan ibu bapa kemudiannya dibawa ke dewan untuk sesi taklimat. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, selesailah sesi taklimat dan upacara simbolik penyerahan pelajar ke maktab.


Perasaan Seorang Ibu

Tamat sesi, kami pun beransur pulang ke Melaka. Dalam hati sarat dengan seribu perasaan. Meninggalkan anak lebih kurang 70km jauhnya, hilang dari pandangan mata. Sekarang hanya suara di hujung talian.

Mata dah bertakung. Anak sulung yang kini kian membesar, membawa diri menuntut ilmu. Semoga dipermudah urusan Eryna. Mama abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak.

Bila dah besar nanti, di sinilah coretan yang mama tinggalkan untuk kalian baca. 🤗😘


Bermulanya Bab Baru

Bermulalah sesi orientasi Eryna bersama kawan-kawannya selama 4 hari sebelum sesi akademik bermula.


Eryna daftar MRSM Serting 2026


Comments

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...