Hari silih berganti, kadang-kadang hati ni terpanggil untuk melatari semula diari lama yang telah aku biarkan sekian lama. Sudah sampai masanya untuk aku mencatatkan semula kisah semalam biar jadi kenangan...menghabiskan masa santai di waktu malam membuatkan aku jadik lebih kreatif dengan menyiapkan origami yang tak pernah siap, kakakkakaa..... Mei dah nak berakhir, minggu terakhir Mei ni banyak perkara yang berlaku disekeliling aku . Seingat aku, yang paling best adalah hari dimana kawan sepejabat aku bergelar suami..aiceceeeee, Si Insan Kamil tu lah maksud aku. Sorang-sorang akan ikut jejak langkah Si Kamil, dan selepas ni Akak Zizi. Selepas 3 bulan kemudian giliran aku plak. Bulan ni ja, kad jemputan yang aku dah berjaya terima ada 3 keping..bulan depan aku tak pasti..dan bulan -bulan akan datang sudah semestinya ia akan bertambah lagi..almaklumlah, musim cuti sekolah.mestilah ramai yang memilih untuk mengadakan majlis walimah.. Si Tinggi pun dengar khabarnya nak hantar ka...