Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PENGALAMAN

Cara Merawat Demam Bayi / Kanak-Kanak

Assalamualaikum.. Lama sudah tak menulis. Tak tahu nak tulis apa sebenarnya , dan tak ada cerita yang nak dikongsi . Sejak dua menjak ni, tak rajin sangat online. Bila teragak nak online , baru online. Kalau tak, tak adanya lah. Kejap je masa berlalu, hari ni dah 15 syaaban. Masih berbaki 15 hari camtu kita nak sambut puasa. Sebenarnya , Cik Sal dan anak baru je sembuh dari demam. Maklumlah, cuaca sekarang ni pon kejap panas, kejap hujan, pastu redup tapi sangat bahang.. panasnya menyengat .Suhu badan pun seakan-akan turun naik dan naik , tu yang demam tu. Mula-mula Eryna , badannya kejap panas, kejap kang dah okay, kejap kang panas balik.. panik jugaklah dibuatnya. Jadik, malam isnin tu ..Cik Sal rasa dahi  Eryna panasnya tak macam biasa, terus bawa gi klinik. cek suhu 38.5 darjahC..huhuuu, panas ni.. Malam selepas pulang dari klinik tu, Eryna dibekalkan ubat demam ( syrap oren). Sampai je kat rumah, kami pun tak lengah-lengah , terus bagi ubat demam. Sam...

A Story of a Mother Who Breastfed Her Child ~

Assalamualaikum.. Tajuk kali ni menceritakan pengalaman Cik Sal sepanjang menyusukan anak secara sepenuhnya dengan susu badan.     Alhamdulillah,  lagi beberapa hari lagi Eryna  bakal menginjak ke usia 6 bulan. Walaupun pada awal kelahirannya, Cik Sal dah mencampurkan susu formula ekoran susu badan yang tak berapa nak ada. Masa mula-mula tu agak stress jugak , sebab susu tak keluar..ada... tapi sedikit.. Alhamdulillah, merasa jugak Eryna kolustrum pekat tu . Sedap je tengok dia menyonyot .  :) Sepanjang kehamilan, Cik Sal pernah mengikuti kursus peneman bersalin bersama suami..dalam kursus tu ada jugak lah menyentuh tentang kebaikan susu ibu. Umum, semua tahu kebaikan susu ibu ni kan. Memang dah terbukti khasiatnya, "breastfeeding has some pretty amazing benefits for baby" lah katanya. Selain dari tu, Cik Sal ada jugak baca artikel kat ternet tentang cara nak menyusukan bayi serta posisi yang betul  dan petua nak tambahkan susu badan. Memang boleh...

Cerita Disebalik Eryna Disuntik

Dah makan ka ? Sementara masih berbaki 2 minggu ni, Cik Sal gigih menaip .Hahaa. Kali ni nak kongsi cerita masa anak disuntik . Mulanya ketika hari ke -2 Eryna dilahirkan . Masa tu Eryna masih lagi ditempatkan di wad rawatan rapi.Cik Sal plak masih lagi kat wad sementara nak menunggu suami dan emak dtg . Tiba-tiba ada nurse dtg sambil bawak buku merah dan hand out tentang suntikan BCG .Masa tu tercengang-cengang jugaklah kan.. Eh! Nape nurse ni nak cucuk BCG plak.. Belum sempat tanya, Nurse kata. "Dik.. akak nak cucuk anak ya, cucuk BCG.  Ni handout akak bagi adik boleh baca ya". sambil tersenyum . Cik Sal pun angguk tanda , faham. Patutlah, masa duduk wad ritu, ada baby dok nangis teriak sebab kena cucuk.. yang kesiannya, masa Eryna kena cucuk mama dia tak da kat sisi dia. Emmm, ntah macam mana ntah gayanya dia melalak agaknya. Lebih kurang pukul 1.00pm macam tu, suami dan emak pun tiba..Cik Sal dan suami terus ke wad nursery nak tengok anak. Sampai j...

Sesi Berpantang

Assalamualaikum. Di pagi khamis Langit mendung Barangkali tengah bersedih juga Seolah-olah turut mengiringi hati yang dilanda badai Wahai Sang Pencinta Pulihlah seperti biasa Sesungguhnya ku tak bisa hidup tanpa mu ! Pulih lah ......huhuuuu ******************************************************************  Pantang selepas bersalin . Kali ni Cik Sal nak cerita pasal sesi berpantang plak.Semua tahu kan, bila dah bersalin kena berpantang yang keguguran pun tak terkecuali kena turut sama berpantang. Yang membezakan hanyalah jumlah hari kita berpantang. Kalau nak diikutkan, pantang yang disarankan adalah selama 44hari tapi, ada jugak yang pantang selama 100hari.. ( Kaum suami pun kena turut sama berpantang jugak ya ! ) Tak kisahlah kan, janji berpantang. Bukan apa, pantang ni sebenarnya memang dititikberatkan lagi-lagi kalau masa pantang tu kita dijaga oleh mak atau nenek Ah, memang kaw -kaw punyalah diorang jaga . Macam Cik Sal, pantang 44hari dah sela...