Cara Merawat Demam Bayi / Kanak-Kanak
Assalamualaikum..
Lama sudah tak menulis.
Tak tahu nak tulis apa sebenarnya , dan tak ada cerita yang nak dikongsi .
Sejak dua menjak ni, tak rajin sangat online.
Bila teragak nak online , baru online. Kalau tak, tak adanya lah.
Kejap je masa berlalu, hari ni dah 15 syaaban.
Masih berbaki 15 hari camtu kita nak sambut puasa.
Sebenarnya ,
Cik Sal dan anak baru je sembuh dari demam.
Maklumlah, cuaca sekarang ni pon kejap panas, kejap hujan, pastu redup tapi sangat bahang.. panasnya menyengat .Suhu badan pun seakan-akan turun naik dan naik , tu yang demam tu.
Mula-mula Eryna , badannya kejap panas, kejap kang dah okay, kejap kang panas balik.. panik jugaklah dibuatnya. Jadik, malam isnin tu ..Cik Sal rasa dahi Eryna panasnya tak macam biasa, terus bawa gi klinik. cek suhu 38.5 darjahC..huhuuu, panas ni..
Malam selepas pulang dari klinik tu, Eryna dibekalkan ubat demam ( syrap oren). Sampai je kat rumah, kami pun tak lengah-lengah , terus bagi ubat demam. Sambil-sambil tu kasi lap/jaram badan Eryna dengan air asam jawa. Memang dah jadi kebiasaan kalau anak demam ja, Cik Sal memang amalkan air asam jawa untuk turunkan suhu. Malam tu , memang tak lenalah tidur kan. Kejap-kejap kang Eryna menangis, meragam tak boleh tidur tak selesa badannya.. bila dibasahkan sikit badannya dengan tuala + air asam jawa, barulah lena tidurnya.
Tapi , panasnya kejap turun kejap naik.. Galau lah hati Cik Sal.
Esoknya plak Cik Sal amalkan air asam jawa je untuk kawal suhu badannya. Cik Sal praktikkan untuk 2 jam pertama tanpa berian ubat demam. Kiranya, macam eksperimen lah
ABila dah dapat perbezaan , terus kerapkan jaram dengan air asam jawa dan kerapkan mandi, dalam sehari tu 4 kali gak lah Cik Sal mandikan Eryna. Alhamdulillah, ia berhasil! Turun jugak suhu badan dia.. Ubat yang diberi pun bagi ikut arahan doktor.
Tapi, bila Eryna dah demam, dah tentulah selera makannya menurun. di beri bubur dikunci serapat2nya bibir. Cuma dia nak minum susu ja. Menyusu memang keraplah dan amat digalakkan kerap menyusukan anak tatkala anak tengah demam, bagi membentuk antibodi semulajadi melawan virus/bakteria. DAN disebabkan itulah, jangan sesekali bagi ubat antibiotik kepada bayi/kanak-kanak mahupun orang dewasa. JANGAN!!
Selalunya, doktor akan bagi perincian .
Bila dah jadi ketua jururawat kat rumah merangkap mama dan isteri ni kena rajinlah cari tips dan rajin kan diri guna cara begini. Anak sihat, kita pon hilang rasa keluh kesah
Caranya:-
1- Cik Sal amik stokin Eryna (stokin yg agak2 dah lusuh warnanya) rendam dalam perahan air asam jawa , then terus pakaikan kat kaki . Selang 15minit (kejap je stokin tu kering) , Cik Sal basahkan balik dan pakai lagi. ( Rajin sikit ya, kena ulang banyak kali bila stokin dah kering). Dalam 30minit camtu, Alhamdulillah suhu badannya turun dan turun . Kerap basahkan stokin.
2- Jaram dengan tuala kecil + air asam jawa (ikut kesesuaian lah ya , nak guna tuala besar mana ) lapkan satu badan, lepas tu tepekkan tuala tu kat dahi anak. Bila agak2 dah kering , basahkan balik. Ulang banyak kali. Ulang je , sampai suhu badan kembali normal.
3- Kerapkan mandi
Jangan takut nak mandikan anak bila demam. Kerap mandi salah satu cara nak kawal suhu badan. Jangan kata kat anak ja, orang dewasa pun kena rajin mandi jugak kalau demam ya!
4- Boleh beri air barli homemade, air kelapa, dan renehan sup ayam/daging. Ikut peringkat umurlah ya. Kalau bayi bawah 6 bulan kerapkan menyusu .
5- Bagi anak-anak yang sudah diberi ubat antibiotik, amlkan makan tempe, yogurt, buah-buahan dan sayuran. Ini untuk menjana balik bakteria baik, pendek kata tempe ni sumber probiotik dan prebiotik.
"Prebiotic baja bakteria baik dan akan biakkan bakteria sedia ada. Prebiotic adalah bakteria yang
dari species bakteria usus. Spesies bakteria usus berbeza dari seorang seorang dan ada yang baik
bagi seseorang mungkin tak seraa
si orang lain tapi lazimnya bakteria usus kita adalah dari bakteria
yang ada dikeliling kita. Sebab itu saya,syurkan probiotic tempatan seperti tempe"
- Pinjam kata-kata seorang doktor .
Makan tempe mentah2 pun bagus jugak :)
Okay, itu sahaja. Apa-apa pun, bila anak tengah demam perkara yang pertama sekali yang perlu dibuat.
"KAWAL SUHU BADAN ANAK".
(sediakan termometer kat rumah )
Bila tengok anak dah sembuh demam barulah lega rasa hati. Syukur, Alhamdulillah.
Entri akan datang berkisar tentang puasa plak. ..hihii
Better beli strip termometer tu satu kat rumah.
ReplyDeleteRege around RM10. Ada kat farmasi.
Senang sikit nak pantau suhu anak.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBagus perkongsian Cik Sal ni. Home remedies begini kita perlu tahu juga
ReplyDeletetengah anak demam masa ni la nk cari cara kawal suhu, terjumpa blog kak sal, thanks dear bagi tip kurangkan suhu badan
ReplyDeletetengah anak demam masa ni la nk cari cara kawal suhu, terjumpa blog kak sal, thanks dear bagi tip kurangkan suhu badan
ReplyDeleteBole dipraktikan ni 💪👍
ReplyDelete