Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tentang saya

Mesra Desa & Bandar

Cantik kan nombor kat atas tu. 11.12.13 bersamaan 8 safar 1435. ******************************************************* Assalammualaikum.. Selamat malam.. kakakaa.. skemanya. Masih lagi dalam mood mesra desa .. Sebenarnya Cik Sal baru je pulang dari kampong. Hari ni 11.12.13 barulah pulang ke teratak sewa di Melaka. Kami sampai agak lewat, dek kerana terlalu mesra bersembang akhirnya lewatlah tiba di rumah. Lebih kurang pukul 5.00petang macam tu barulah sampai . Percutian ke kampong kali ni mengambil masa yang agak lama , iaitu selama 5hari. Memandangkan suami berkursus di Kuala Lumpur, makanya Cik Sal dan anak dihantar pulang untuk seketika . Bila dah dapat balik kampong ni, memang gumbira ya amatlah kan. Tengok mak ayah dan adik beradik, sambil2 tu menziarah jiran yang baru juga menyambut kelahiran "orang baru " . Eemm seronoknya la  hai ! :) Petang tadi selepas dah masukkan barang-barang dalam kereta, terus cakap kat suami nak p melawat...

Eryna Sudah Berusia 3 Bulan

Assalamualaikum.. Pagi tadi agak lewat  untuk siapkan sarapan pagi , usai solat subuh terus tertidur . Dek kerana mengantuk sangat melayan keletah anak sampai ke awal pagi.  Selepas menyiapkan sandwich daging atas permintaan suami . Cik Sal pun mulalah main gelak-gelak dengan anak sambil sarapan sekali dengan suami. dan bermulalah dialog antara suami dan Cik Sal, "Hari ni jumaat , 6hb  " .  Kata  Cik Sal kepada suami . "Hari ni anak kita dah masuk 3 bulan dan semakin sihat nampaknya". "Abang mesti tak ingat kan". Huhuu . "Ingatlah . Hehee". Balas suami Cik Sal sambil mengukir senyuman. Cepat betul masa berlalu, anak dah 3 bulan . Tirai 2013 pun bakal berlabuh dalam beberapa minggu je lagi. Alhamdulillah, anak pun makin membesar , dan makin banyak ragamnya. Dah pandai ajak bersembang bagai.. Hehee. Macam tu lah kita masa kecik-kecik dulu . Bila tengok anak, hilang segala penat . Suami pun bila balik je dari kerja terus dukung anak..dicium...

Sesi Berpantang

Assalamualaikum. Di pagi khamis Langit mendung Barangkali tengah bersedih juga Seolah-olah turut mengiringi hati yang dilanda badai Wahai Sang Pencinta Pulihlah seperti biasa Sesungguhnya ku tak bisa hidup tanpa mu ! Pulih lah ......huhuuuu ******************************************************************  Pantang selepas bersalin . Kali ni Cik Sal nak cerita pasal sesi berpantang plak.Semua tahu kan, bila dah bersalin kena berpantang yang keguguran pun tak terkecuali kena turut sama berpantang. Yang membezakan hanyalah jumlah hari kita berpantang. Kalau nak diikutkan, pantang yang disarankan adalah selama 44hari tapi, ada jugak yang pantang selama 100hari.. ( Kaum suami pun kena turut sama berpantang jugak ya ! ) Tak kisahlah kan, janji berpantang. Bukan apa, pantang ni sebenarnya memang dititikberatkan lagi-lagi kalau masa pantang tu kita dijaga oleh mak atau nenek Ah, memang kaw -kaw punyalah diorang jaga . Macam Cik Sal, pantang 44hari dah sela...

Sweet September

Assalammualaikum .. Lama dah tak menulis kat ruang bisu ni, sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan september ni . Tapi, tak tahu nak mula dari mana . Panjang kisahnya ...    ( panjanglah sangat )   ;)                           Biarlah gambar yang berbicara... :) Syukur Alhamdulillah, Cik Sal dah jadi mama :)  Hari Jumaat - 6hb September 2013 , Pukul 2.00petang Lahirnya seorang puteri yang diberi nama Nur Eryna Batrisyia binti Mohd Nazren Gambar yang diambil selepas 3 jam kelahiran ,  mula-mula En.suami tengok untuk qamat dan azan tapi tak dibenarkan mengambil gambar plak ...masuk kali ke - 2 baru dapat tangkap , itu pun curi-curi tangkap . Hiks :)

Bila Si Kecik Tak Muncul - Muncul Keluar ~

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat lagi kot untuk ucap selamat hari raya . Walaupun hari ni dah menginjak ke 21 Syawal.. ye ka ? ( sambil cari calendar ) :) Diam punya diam, hari ni dah 28hb Ogos 2013, sepatutnya tarikh ni Cik Sal dah berada di ward atau kamar bersalin.. huhuuuuu, la ni masih berada di rumah lagi.. masih boleh lagi ke hulu ke hilir , makan itu dan ini ...panahan syawal ...malam tadi sempat gak ngap sate , lemang , kuah kacang , mee hoon dan rendang daging... hasil tapau encik suami ...kikikiiii. Makan bagai nak rak, sakit tak jugak muncul.. ( konon ) habis puasa , syawal pon  menjelma .. dan kini syawal hanya berbaki lebih kurang 9 hari je lagi untuk meninggalkan kita semua .. Lepas ni boleh lah focus kat Raya Aidiladha plak..ehehheheee..ada hati, time tu Cik Sal dalam pantang lagi.. insyaAllah :) Sebenarnya , dalam hati ni dok berdebar- debar jugak.. bila nak tiba rasa sakit tu. Setiap hari dok pikiaq.. bila nak bersalin ni.. barangkali si kecik n...

Kursus Peneman Bersalin ~

Alhamdulillah , selesai dah berkursus . Harap-harap dapatlah En.suami masuk dalam kamar bersalin nanti . dan moga-moga bersalin secara normal lah . Kebaikan :- 1) Eloklah pergi mendaftar untuk jadi peneman semasa si isteri bertarung nyawa untuk bersalin . -  Setidak-tidaknya , si suami dapat memberi sokongan moral , sambil tu usap-usap belakang isteri , sambil baca doa Nabi Yunus :) 2) Semasa tengah sakit untuk bersalin, kita tahu halatuju ke mana arah yang perlu kita tuju ..samada terus ke kecemasan atau ke kamar bersalin . - Bagi yang dah sakit-sakit tu , terus menuju ke tingkat 2 ( bagi hospital Melaka lah ) terus daftarkan isteri anda ke CDS atau kamar bersalin . ( buku merah , kad pengenalan, dan barang2 keperluan dibawa sekali ) 3) Kursus peneman ni boleh tahan sampai 5tahun, kertas berwarna biru akan ditampal di atas buku merah isteri . Keizinan telah pon diberi kepada suami untuk menjadi peneman sepanjang proses kelahiran  KECUALI semasa isteri tidak bersa...

Redha

  Assalamu ‘alaikum (السلام عليكم) : Ucapan selamat masyarakat Islam; secara harfiahnya bermaksud “Sejahtera kepada anda”; dengan tambahan, “Wa Rahmatullahi wa Barakatuhu” bermaksud “dengan Rahmat Tuhan dan Keberkatan-Nya”. Jawapan bagi ucapan ini ialah “Wa Alaikumus Salam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu”–’Dan kepadamu juga Sejahtera dan Rahmat Tuhan dan Keberkatan-Nya’. Ia juga salah satu bentuk zikir akan Kekuasaan Tuhan, apabila orang Islam mengucapkannya kepada orang Islam lain, ia bersamaan 30 pahala dan 30 pahala juga bagi yang menjawapnya (10 pahala bagi setiap perkataan).         Sudah berada di Bulan Rejab . Di pagi isnin yang dingin. Hujan ..baru lepas teduhnya hujan. Hari ni 13 Mei 2013 ( kalau rujuk buku sejarah pernah berlaku peristiwa berdarah ) Semalam 12 Mei 2013 - Perjalanan menuju ke JB , Alhamdulillah ..selamat pergi dan balik.               ...

Lega, Bila Sijil Nikah dan Kad Nikah Dah Selamat Diterima

Selamat pagi seantero Malaysia. Masih berbaki lebih kurang 80 hari je lagi, kita nak menyambut Bulan Ramadhan . In syaa Allah , dengan iziNya ... Seronok . Sambut puasa bertiga tahun ni . :) Beraya plak , In syaa Allah .. bakal bertiga juga . :) Baju raya ? Pakai je baju yang ada.. Persiapan raya ? OOoiiik Mak Cik.. Puasa ganti belom qada' lagi kan ?  Perlu  disegerakan  ;) Masa panjang lagi, tinggalkan dulu bab di atas . Sekarang ni masa untuk kita mengamati gambar yang comel di atas kad nikah tersebut ;) Dalam hati, apsal  gambar ni plak masa aku bagi kat Majlis Agama Tampin ritu ..kihkihhh, tak pa lah.. comel jugak..huhuuuu Punyalah berbulan nak tunggu siap kad nikah ni , sijil nikah dah selamat dah diterima 1 bulan lepas. Memandangkan semalam, 15 hb April 2013  hari cuti umum bagi Negeri Melaka sempena Melaka Bandaraya Bersejarah .. sempatlah, menyinggah ke Tampin . Ingatkan kena bayar bila kita ambil kad nikah tu, rupa...

Cheq Maleih arr

Assalammualaikum.. dan salam satu Malaysia Tetiba je ada Malaysia ek. Layankan aja . Lama betul tak menulis kat sini. Sejak 2 - 3 bulan ni perasaan malas dan malas makin menjadi -jadi. Tak tahulah kenapa. Barangkali pembawakan budak agaknya. Oooopss,  sekarang ni C.Sal  sudah pon berbadan dua.InsyaaAllah , tak lama lagi bakal menimang cahaya mata. Cepat benar masa berlalu, tup tup muncul dengan cerita sudah berbadan dua ek.  Rezeki . Dalam nak menghabiskan masa 2 - 3 bulan tu banyak jugak lah pengalaman baru yang C.Sal dapat. Alahan yang teruk sewaktu diawal kehamilan . Makan  je muntah balik, begitulah rutin seharian.. selera makan yang semakin berkurang ..kerja rumah semakin malas untuk dilaksanakan..hanya mahu tidur sahaja. Okay lah, maleih arr nak menulih lagik..sok sok kita sambung lagi na..huhuuu

Sambungan Kisah 2 Buah Rumah Inap Di Hujung Kampung

Nak dijadikan cerita... Masa pihak rombongan lelaki tiba untuk menjamu selera selepas majlis akad nikah ...hujan masih belum juga reda..makin lebat lihatnya....rata-rata yang cakap dengan aku..murah rezeki ko Farah dan suami nikah masa hujan lebat , aku pon senyum je lah :) Selepas acara menjamu selera bagai.. aku pon bawalah pihak rombongan ke tempat penginapan diaorang...jauh plak aku rasa malam tu.. hujan turun lagi.. nak ke tempat inap tu maun gak 15 minit ,tapi aku rasa makan masa 3o minit gak gara-gara sebatang pokok tumbang yang menghalang perjalanan kami.. dugaanNya ....nak ketawa pon ada gak aku kat dalam kereta masa tuh... bayangkan lah.. semua kereta dah beratur kat belakang... aku , ayah dan sepupu aku dok jadi ketua dok depan..sampai ja simpang nak masuk ke rumah inap tu... alamak,..pokok tumbang dar...lagi lah gelabah aku..., terpaksa berundur cari jalan lain.. ikutlah jalan kampung yang simpang siur tu.. kecik dan gelap jalannya... Sampai di rumah inap 1, aku pon te...

Tarikh 12.10.12 Dah Lama Berlalu

Hampir 3 bulan dah tarikh tu meninggalkan aku , dan sekarang bakal menunggu tarikh ulang bulanan( macam pelik je aku dengar heheee...)  Syukur Alhamdulillah...selesai sudah. Dah lama tak menulis, selalunya yang selalu mengingatkan aku untuk menulis cerita baru ialah si Mashi, dan si Kerol..diaorang je lah yang selalu dok tertunggu -tunggu ... Tapi disebabkan hari ni aku berada di rumah sepanjang hari ekoran dari demam dan mabuk yang berlarutan sudahnya aku diberi MC.. bila duduk kat rumah seorang diri ni bosan gak dibuatnya...walaupun kat rumah ada kemudahan internet...aku tetap gak bosan hahaaaa...pada hal boleh ja aku dok nengok cerita bagai ...tapi tu lah sejak  dah ada internet kat rumah ni rasa muak pon ada jugak... sebabnya kat pejabat pon aku masih boleh lagi beronline...bezanya nak dan tak nak je lah..huhuuuuu Memandangkan dah lama tak menulis, aku ambiklah kesempatan ni untuk menulis serba ringkas perihal sebelum dan selepas majlis akad nikah dan be...

Perginya Oktober

Dalam sedar tak sedar, Oktober sudah pun  berlalu pergi meninggalkan kita semua.. apa yang pasti pemergian Oktober pada tahun ni  paling di rasai pemergianya.. andai bisa boleh diputar kembali, ingin sahaja Cik Sal ulangi kembali detik itu.. Terdetik juga di hati , sudah sampai masa.. Oktober pasti akan pergi jua.. yang tinggal hanya kenangan yang tercipta. Tup tup sekarang ni dah masuk ke tarikh 2hb November 2012. Sudah 3 minggu berlalu .... majlis walimah dan tautan kasih telah pun selesai dengan izinNya, Alhamdulillah.. Andai diberi peluang ingin sahaja Cik Sal mengulangi detik tu ..

Terima Kasih Bos ~

Bos aku bagi hadiah , aku rasa besday aku jauh lagi.. ka sebab bos tak dapat bawak aku pergi Pesta Buku kelmarin alaaaaa yang dekat PWTC tu...kalau nak diikutkan aku dah selamat dah menjejakan kaki ke sana , pergi bersama opizmate aku ...dah alang-alang aku nak ke PTPTN , kami gerak sama je lah..setel je tugas aku kat PTPTN kami terus g PWTC...merayau lah kami kat sana, keluar masuk masuk keluar tu je lah kejenya..hehehhehehe, Si Ben dan  Kak Nani senyum ja lah ikut rentak aku p mencari buku... akhirnya, buku origami ja yang aku berjaya beli...hahhahahaha Dah setel cari semua buku untuk library dan  buku tuk diri sendiri, kami pun pergilah menyinggah makan dekat tepi sungai yang wangi  tu..huuuuhu, aku rasa last lah aku makan kat sini.... pulang lah kami dengan muka yang keletihan ..rasa nak pengsan pun ya jugak..kepenatan berjalan sakan... Eh, masalahnya sekarang pemberian yang aku terima tu sempena apa ? Bos bagi 2 buah buku novel cinta cintun dan kain telekung...

Lama Sudah Tidak Meng- Update

Lama sudah tidak meng-update ceritera yang berlaku disekeliling ku kebelakangan ini. Rata-rata banyak kisah yang tercipta dan banyak memori yang bakal menjadi ingatan buat sorotan kehidupan masa depan. Kadang-kadang , kita sendiri tidak pasti ,hikmah disebalik kejadian tersebut. Banyak cerita berlegar di minda, banyak kisah untuk diceritakan dan dikongsikan sebagai teman bicara sepi. Berulang kali ku cuba , akhirnya ini yang mampu ku tulis...kuikuiii Apalah yang aku merapik ni weh, ketandusan idea barangkali. Tersentap seketika. Menyusun jari sepuluh . Minda ku belum terbuka lagi untuk mencanai cerita.... ;)

AL- Fatihah Buat Atuk

Sudah 5 hari arwah atuk pergi meninggalkan kami semua...pergi selamanya ....menghadap Yang Esa... ingat lagi , kejadian pada awal subuh .... lebih kurang pukul 3.45pagi, telefon berlagu riang di hadapan ku... kali ke dua barulah panggilan itu ku sambut... sayup-sayup kedengaran suara Pak Long Maarof ku.... " akak, ayah kat mana ?....ayah kat Gemas lah, akak kat Seremban ni... ni pak long nak bagitahu ni... atuk dah meninggal... jenazah ada kat Hospital Tampin... bagitahu ayah ya.... sendu sedan aku menangis... pak long tipuuuu..betoll... atuk dah tak da... terus ku matikan talian... Cepat tangan ku mendail nombor si dia, panggilan ke dua barulah disambutnya... "abang, tadi pak long telefon.. atuk dah meninggal "... terus aku matikan talian... tak terkata sedihnya yang aku rasa....lebih kurang 5minit selepas itu,... si dia telefon semula... " okay, kejap lagi abang amek sayang ...katanya ringkas " "Okay" kata ku ringkas,..lebih kurang pukul 5seten...

Tatkala Sudah Tertulis

Semalam, sedang aku siap-siap untuk ke pejabat... Kak Zizie bagitahu yang ayahanda En Mizan telah pulang ke Rahmatullah... Al-Fatihah balas ku.... semoga ayah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... dan semoga rohnya dicucuri rahmat .... Dan pagi itu juga, aku, Kak N, Kak Mie,Kak Zizie , Azhar, En. Warid, Sayeid, dan En Anuar pergi menziarah... ku lihat sekujur tubuh diam kaku membisu... air mata ku hampir juga menitis.. al maklumlah.. kita juga akan merasa saat kehilangan ... semua orang akan merasa detik itu... tapi siapa lah kita untuk menghalangnya.. jika semua itu sudah tertulis sejak azali lagi... Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan kedua ibubapa kita ... samada mereka masih hidup atau sudah tiada lagi.... janganlah diputuskan doa buat mereka... itu pesanan yang ku pegang sampai ke hari ni.... "Ya, Allah kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihi diri ku.. rahmatilah mereka di dunia mahupun di akhirat kelak".. ...

Sudah Tiba Masanya

Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, tapi rasanya hari ni lagi lebat hujan air mata yang turun tatkala mendapat berita perginya andak Karim ke Rahmatullah, menghadap sang Pencipta ... macam mimpi ja berita yang aku dapat tahu melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh adik ku, pada mulanya aku terkejut juga ehhh, kenapa pula adik aku mesej pepagi ni... dia tak pernah begini, selalunya waktu malam sahaja dia akan bertanya itu dan ini.... Selepas membaca mesej tersebut , tiada lain keluar daripada mulut aku... hanya Al-Fatihah yang ku tuturkan ... sebak di dada... teringat kembali waktu terakhir aku dan keluarga berjumpa beliau adalah semasa hari raya pertama 2 bulan yang lepas... dan raya haji bakal menjelma lagi....semuanya hanya tinggal kenangan... baru aku terdetik untuk bertanya tentang lembu-lembu peliharaannya.... dan sangat terujanya lah aku untuk berjumpa dengan beliau pada hari raya haji untuk menjemput beliau dan keluarga datang ke majlis ku nanti.... memadailah......