Skip to main content

AL- Fatihah Buat Atuk

Sudah 5 hari arwah atuk pergi meninggalkan kami semua...pergi selamanya ....menghadap Yang Esa... ingat lagi , kejadian pada awal subuh .... lebih kurang pukul 3.45pagi, telefon berlagu riang di hadapan ku... kali ke dua barulah panggilan itu ku sambut... sayup-sayup kedengaran suara Pak Long Maarof ku....
" akak, ayah kat mana ?....ayah kat Gemas lah, akak kat Seremban ni... ni pak long nak bagitahu ni... atuk dah meninggal... jenazah ada kat Hospital Tampin... bagitahu ayah ya.... sendu sedan aku menangis... pak long tipuuuu..betoll... atuk dah tak da... terus ku matikan talian...

Cepat tangan ku mendail nombor si dia, panggilan ke dua barulah disambutnya... "abang, tadi pak long telefon.. atuk dah meninggal "... terus aku matikan talian... tak terkata sedihnya yang aku rasa....lebih kurang 5minit selepas itu,... si dia telefon semula... " okay, kejap lagi abang amek sayang ...katanya ringkas "

"Okay" kata ku ringkas,..lebih kurang pukul 5setengah pagi...... si dia pun sampai... kami pon terus menuju ke Rokan... usai solat suboh di Masjid Rembau.... kami meneruskan perjalanan... tibalah kami ke kampung tepat pada pukul 8.00pagi.... aku lihat ramai yang datang menziarah... sedih aku ... sedih melihat atuk yang sudah terbaring sepi di hadapan ku.... sempat ku sentuh wajahnya, ku cium dahinya....

Tidak putus-putus aku berdoa , supaya atuk di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman...AL-Fatihah buat atuk dan arwah uan... semoga roh kalian dirahmati dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... pagi itu, aku lihat ayah , bilal dan beberapa orang sedang bertungkus-lumus menyediakan peralatan untuk pengebumian, daripada kain kapan, dan wangi-wangian ... wajah ayah tenang ja ku lihat,..ayah mengukur dan mengoyakan kain kapan untuk dipakai oleh atuk,.... dari jauh , ku perhatikan sahaja rentak dan perbuatannya ....

Bangga aku melihat ayah, dapat menguruskan jenazah arwah ayahnya sendiri... daripada bab mandi, dan seterusnya ke liang lahad... ku rasa , itulah jasa yang dapat ayah balas selama ayah dijaga sejak daripada kecil .... kasih anak kepada seorang ayah... tapi sayangnya, arwah atuk pergi.. aku tak da di sampingnya...sakit yang ditanggung pada pagi tu,... aku tak dapat bayangkan...berbanding dengan arwah uan,.. sakitnya beliau pada hari itu ,. aku ada di sampingnya ... menemaninya ke Hospital Tampin menaiki ambulans.... sudah dua tahun arwah uan pergi...kali ini..arwah atuk pula meninggalkan kami...

Syukur pada Mu Ya Allah, setidak-tidaknya...kami semua sempat berjumpa dengan arwah atuk walaupun sekejap cuma...

Semoga arwah atuk di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...