Skip to main content

Posts

Lama Tak Makan Gula Lolipop

Lama tak makan gula lolipop, dulu rajin beli masa zaman sekolah. Kami dulu zaman sekolah , siap pakat - pakat dengan member pergi kedai depan sekolah semata - mata nak beli gula lolipop. Waktu tamat P&P pukul 2.00petang, habis ja kelas cepat - cepat cabut ..kalau kuat , kami akan berlari..tapii tu masa sekolah rendah lah..bila dah masuk sekolah menengah ni..Merentas Desa Sekolah Rockan Hill pun tak nak masuk..kalau boleh menyorok, menyorok aja kami...heheheee Selalunya, kami akan beli gula lolipop pelbagai perasa, dulu tak silap gula lolipop tu sebatang RM0.20 ja, selalunya duit belanja kami akan simpan ..jimat ... sehari ayah akan bagi RM2.00,,pandai pandai lah simpan ya..bila sampai hari jumaat baki duit masih ada lagi di tangan.. simpan dalam tabung..heheeheeh Dulukan kan femes, simpan duit dalam tabung buloh.. siap ikut ayah p kebun lagi tuk pilih buloh yang cantik... sudahya , tabung tu pecah dan retak akibat terjatuh dari tempat tinggi..konon nak simpan ti...

Pesanan Buat Diri Sendiri & Insan Insan yang Cik Sal Sayangi

Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433 Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini; 1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini. Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb." ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله. - Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak. ◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak. ✉>...

Malam Nisfu Syaaban

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya.. Cik Sal masih lagi dapat bernafas , dan merasai nikmat pancaindera yang telah diberi pinjam buat seketika . Hari ni 4hb Julai 2012 bersamaan dengan 14Syaaban.. DAN esok adalah 15 Syaaban ... Malam ni, malamnya iaitu Malam Nisfu Syaaban .. . Ya Allah, sesungguhnya hamba Mu ini berasa kerdil untuk meminta minta  kepadaMu .. Ku layarkan kuntuman doa yang berpanjangan moga diampunkan dosa dosa yang telah ku lakukan atas kelalaian diri ini, Ku Panjatkan doa semoga diri ini di tetapkan iman di dada, Ya Allah Ya Tuhan ku Hanya kepadaMu aku memohon dan terus memohon Cik Sal titipkan sehamparan bingkisan buat tatapan diri sendiri hehe:)~ Credit To As-Sabiqun Enterprise NISFU SYAABAN....... Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Q...

Sunnah - Sunnah Hari Jumaat

  Berikut dilampirkan Sunnah-Sunnah Hari Jumaat yang boleh diamalkan . Penulis mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian tuan -tuan , dan puan - puan yang sudi meluangkan waktu untuk membaca nota ringkas yang penuh manfaat ini . Bagi tuan - tuan sekalian sila ambil tindakan dengan kadar segera . Sekian, Terima kasih. Dah apa ntah yang aku mengarut pepagi ni ..hehehehe P/s : Selamat beramal

Tanda Bacaan WAJIB Ikut Dan Patuhi

Tanda apa ni ya ? Jika dilihat sekali imbas sudah pasti lah kita teringat dengan kitab Al-Quran kita, melihat tanda bacaan tersebut INGAT kah kita tentang maksud tanda -tanda bacaan tersebut tatkala kita membaca Al-Quran? Menurut Ibnu Al - Jazari Al-Quran WAJIB dibaca secara TAJWID ."Berdosalah membaca tanpa tajwid,sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan TARTIL iaitu membacanya dengan sebutan yang betul ( dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya dan membaca menurut hukum-hukum tajwid ) dan membaca dengan lambat-lambat , kerana maksudnya membaca Al-Quran itu ialah dengan TADABBUR atau BERFIKIR dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat. Membaca dengan TARTIL itu adalah amat memberi kesan dalam hati dan lebih layak untuk berfikir dan memahaminya. Allah s.w.t berfirman maksudnya :" Dan tartilkanlah bacaaan Al-Quran dengan sempurna ".  ( Surah Al Muzammil ayat 4 ). ...