Skip to main content

Lama Tak Makan Gula Lolipop





Lama tak makan gula lolipop, dulu rajin beli masa zaman sekolah. Kami dulu zaman sekolah , siap pakat - pakat dengan member pergi kedai depan sekolah semata - mata nak beli gula lolipop. Waktu tamat P&P pukul 2.00petang, habis ja kelas cepat - cepat cabut ..kalau kuat , kami akan berlari..tapii tu masa sekolah rendah lah..bila dah masuk sekolah menengah ni..Merentas Desa Sekolah Rockan Hill pun tak nak masuk..kalau boleh menyorok, menyorok aja kami...heheheee

Selalunya, kami akan beli gula lolipop pelbagai perasa, dulu tak silap gula lolipop tu sebatang RM0.20 ja, selalunya duit belanja kami akan simpan ..jimat ... sehari ayah akan bagi RM2.00,,pandai pandai lah simpan ya..bila sampai hari jumaat baki duit masih ada lagi di tangan.. simpan dalam tabung..heheeheeh

Dulukan kan femes, simpan duit dalam tabung buloh.. siap ikut ayah p kebun lagi tuk pilih buloh yang cantik... sudahya , tabung tu pecah dan retak akibat terjatuh dari tempat tinggi..konon nak simpan tinggi sikit ...Eh, dah melalut plak sampai ke tabung buloh ...okay - okay, kita patah balik ke cerita asal ya... 

Dulu masa zaman sekolah menengah, kami memang ada kelas sampai petang, kadang - kadang terlibat dengan latihan kawad kaki , latihan rumah sukan, macam - macam lah lagi.... bila dah beli ja gula lolipop kami akan makan gula - gula tu di kantin sementara nak tunggu aktiviti yang seterusnya... dulu Cik Sal suka beli perasa laici, sedap sangat..yang lain suka perasa strawberri.. Cik Sal bedal ja ikut selera..selalunya perasa laici lah Cik Sal beli..

Ada sekali tu, Cik Sal tak perasan pun  ada cikgu masuk kelas tengok gelagat kami yang sedang memegang gula lolipop.. majoritinyaaaaaa budak kelas semua tengah syok makan gula lolipop... dan yang paling tak bestnya, beg sekolah dihinggapi semut manis.. huwaaaaaaaaaaaaaa, habis terabur barang - barang atas meja..gara - gara nak kibas beg sekolah, lepas insiden tu semua dah serik ..tak nak beli gula tu banyak- banyak sangat..memadailah beli sebatang 2 aja... tak pon simpan dalam beg plastik merah ja... selamat dan senang.

Tapi ada gak kes kena marah dengan cikgu , gara - gara pembungkus gula lolipop tu berterabur di dalam bilik darjah... bukanya kami tak reti buang pembalut tu dalam bakul sampah... TAPI, bila dapat pelajar lelaki yang tak reti bahasa ..suka hati depa lah nak buang kat mana.. kadang - kadang tu dibuangnya di celah -celah pintu, apa kejadahnya...dulu Cik Sal K.Pengawas, memang kena pantau lah kebersihan kelas... dah macam apa ntah ..pagi - pagi lagi Cik Sal kena meronda semua kelas yang rata-ratanya kelas semua jauh - jauh .... mula dari tingkatan 1 nunnnn jauh kat belakang sekali..huhuuhuu, naik bangunan baru cek plak kat sekitar kawasan, boleh dikatakan sampah pembalut gula tu memang beterabur...

Dan akhirnya, pihak sekolah sudah memutuskan gula - gula tidak boleh dibawa kesekolah. Full Stop..Apa nak cakap lagi, kami selambar ja .. seludup ja masuk kelas... ehehehehhehehe. Punyalah ganas pengawas kan ... dula masa zaman sekolah, siapa yang pakai baju sekolah warna hijau , kain hitam dan kasut hitam itu di gelar sebagai Pengganas..hehehehhe, dan Cik Sal Ketua Pengganas.. gulppp... tak terkata..

La ni , tinggal kenangan ja dengan gula lolipop tu.. sekarang ni Cik Sal tengok dah terdapat pelbagai variasi , ada yang bentuk payung, ada yang bentuk hati , ada yang bentuk love , ada yang bentuk kipas berpusing...eh jap jap... bentuk hati dan love tu tak sama ka ?

Masa zaman Cik Sal dulu, gula lolipop tu bentuk bulat di atas dan pemegangnya stick plastik warna putih..dan dibalut dengan gambar perasa ..contohnya kalau laici, adalah gambar buah laici dan sebagainya :)

Indahkan zaman sekolah dulu ...


Ni gambar gula lolipop sekarang :_




pengedar gula-gula lolipop 




Cik Sal sekarang dah tak makan dah gula -gula , sekarang ni dah tak suka manis - manis sangat.. jaga kesihatan  :)

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...