Skip to main content

Posts

Cheq Maleih arr

Assalammualaikum.. dan salam satu Malaysia Tetiba je ada Malaysia ek. Layankan aja . Lama betul tak menulis kat sini. Sejak 2 - 3 bulan ni perasaan malas dan malas makin menjadi -jadi. Tak tahulah kenapa. Barangkali pembawakan budak agaknya. Oooopss,  sekarang ni C.Sal  sudah pon berbadan dua.InsyaaAllah , tak lama lagi bakal menimang cahaya mata. Cepat benar masa berlalu, tup tup muncul dengan cerita sudah berbadan dua ek.  Rezeki . Dalam nak menghabiskan masa 2 - 3 bulan tu banyak jugak lah pengalaman baru yang C.Sal dapat. Alahan yang teruk sewaktu diawal kehamilan . Makan  je muntah balik, begitulah rutin seharian.. selera makan yang semakin berkurang ..kerja rumah semakin malas untuk dilaksanakan..hanya mahu tidur sahaja. Okay lah, maleih arr nak menulih lagik..sok sok kita sambung lagi na..huhuuu

Sambungan Kisah 2 Buah Rumah Inap Di Hujung Kampung

Nak dijadikan cerita... Masa pihak rombongan lelaki tiba untuk menjamu selera selepas majlis akad nikah ...hujan masih belum juga reda..makin lebat lihatnya....rata-rata yang cakap dengan aku..murah rezeki ko Farah dan suami nikah masa hujan lebat , aku pon senyum je lah :) Selepas acara menjamu selera bagai.. aku pon bawalah pihak rombongan ke tempat penginapan diaorang...jauh plak aku rasa malam tu.. hujan turun lagi.. nak ke tempat inap tu maun gak 15 minit ,tapi aku rasa makan masa 3o minit gak gara-gara sebatang pokok tumbang yang menghalang perjalanan kami.. dugaanNya ....nak ketawa pon ada gak aku kat dalam kereta masa tuh... bayangkan lah.. semua kereta dah beratur kat belakang... aku , ayah dan sepupu aku dok jadi ketua dok depan..sampai ja simpang nak masuk ke rumah inap tu... alamak,..pokok tumbang dar...lagi lah gelabah aku..., terpaksa berundur cari jalan lain.. ikutlah jalan kampung yang simpang siur tu.. kecik dan gelap jalannya... Sampai di rumah inap 1, aku pon te...

Tarikh 12.10.12 Dah Lama Berlalu

Hampir 3 bulan dah tarikh tu meninggalkan aku , dan sekarang bakal menunggu tarikh ulang bulanan( macam pelik je aku dengar heheee...)  Syukur Alhamdulillah...selesai sudah. Dah lama tak menulis, selalunya yang selalu mengingatkan aku untuk menulis cerita baru ialah si Mashi, dan si Kerol..diaorang je lah yang selalu dok tertunggu -tunggu ... Tapi disebabkan hari ni aku berada di rumah sepanjang hari ekoran dari demam dan mabuk yang berlarutan sudahnya aku diberi MC.. bila duduk kat rumah seorang diri ni bosan gak dibuatnya...walaupun kat rumah ada kemudahan internet...aku tetap gak bosan hahaaaa...pada hal boleh ja aku dok nengok cerita bagai ...tapi tu lah sejak  dah ada internet kat rumah ni rasa muak pon ada jugak... sebabnya kat pejabat pon aku masih boleh lagi beronline...bezanya nak dan tak nak je lah..huhuuuuu Memandangkan dah lama tak menulis, aku ambiklah kesempatan ni untuk menulis serba ringkas perihal sebelum dan selepas majlis akad nikah dan be...

Perginya Oktober

Dalam sedar tak sedar, Oktober sudah pun  berlalu pergi meninggalkan kita semua.. apa yang pasti pemergian Oktober pada tahun ni  paling di rasai pemergianya.. andai bisa boleh diputar kembali, ingin sahaja Cik Sal ulangi kembali detik itu.. Terdetik juga di hati , sudah sampai masa.. Oktober pasti akan pergi jua.. yang tinggal hanya kenangan yang tercipta. Tup tup sekarang ni dah masuk ke tarikh 2hb November 2012. Sudah 3 minggu berlalu .... majlis walimah dan tautan kasih telah pun selesai dengan izinNya, Alhamdulillah.. Andai diberi peluang ingin sahaja Cik Sal mengulangi detik tu ..

Lama Tak Makan Gula Lolipop

Lama tak makan gula lolipop, dulu rajin beli masa zaman sekolah. Kami dulu zaman sekolah , siap pakat - pakat dengan member pergi kedai depan sekolah semata - mata nak beli gula lolipop. Waktu tamat P&P pukul 2.00petang, habis ja kelas cepat - cepat cabut ..kalau kuat , kami akan berlari..tapii tu masa sekolah rendah lah..bila dah masuk sekolah menengah ni..Merentas Desa Sekolah Rockan Hill pun tak nak masuk..kalau boleh menyorok, menyorok aja kami...heheheee Selalunya, kami akan beli gula lolipop pelbagai perasa, dulu tak silap gula lolipop tu sebatang RM0.20 ja, selalunya duit belanja kami akan simpan ..jimat ... sehari ayah akan bagi RM2.00,,pandai pandai lah simpan ya..bila sampai hari jumaat baki duit masih ada lagi di tangan.. simpan dalam tabung..heheeheeh Dulukan kan femes, simpan duit dalam tabung buloh.. siap ikut ayah p kebun lagi tuk pilih buloh yang cantik... sudahya , tabung tu pecah dan retak akibat terjatuh dari tempat tinggi..konon nak simpan ti...