Skip to main content

Posts

Cara Merawat Demam Bayi / Kanak-Kanak

Assalamualaikum.. Lama sudah tak menulis. Tak tahu nak tulis apa sebenarnya , dan tak ada cerita yang nak dikongsi . Sejak dua menjak ni, tak rajin sangat online. Bila teragak nak online , baru online. Kalau tak, tak adanya lah. Kejap je masa berlalu, hari ni dah 15 syaaban. Masih berbaki 15 hari camtu kita nak sambut puasa. Sebenarnya , Cik Sal dan anak baru je sembuh dari demam. Maklumlah, cuaca sekarang ni pon kejap panas, kejap hujan, pastu redup tapi sangat bahang.. panasnya menyengat .Suhu badan pun seakan-akan turun naik dan naik , tu yang demam tu. Mula-mula Eryna , badannya kejap panas, kejap kang dah okay, kejap kang panas balik.. panik jugaklah dibuatnya. Jadik, malam isnin tu ..Cik Sal rasa dahi  Eryna panasnya tak macam biasa, terus bawa gi klinik. cek suhu 38.5 darjahC..huhuuu, panas ni.. Malam selepas pulang dari klinik tu, Eryna dibekalkan ubat demam ( syrap oren). Sampai je kat rumah, kami pun tak lengah-lengah , terus bagi ubat demam. Sam...

Bagaimana Susu Badan Dihasilkan

Assalamualaikum..   Kali ni nak sambung balik cerita pasal susu ibu. Lupakan dulu, saat tangis sendu yang melanda diri . Kita kasi tambah ilmu yang sejemput ni ni pon dapat dari pamplet yang diberi oleh  pihak hospital sejurus selepas dibenarkan keluar wad. Okay, mesti kita nak tahu kan bagaimana susu ibu ni terhasil? Picit2 je tetiba kuar susu. Ajaibnya.   Kuasa Tuhan. :) Mengikut sains , susu ibu ni dihasilkan oleh kelenjar marmari ibu yang terletak di payu dara. Kelenjar inilah  yang   bertindak   sebagai pengeluar untuk menghasilkan hormon prolaktin dan oktasin.  Susu ibu ni dihasilkan pada  waktu 7 minggu pertama semasa bayi dalam kandungan. Kat bawah ni Cik Sal sertakan sekali gambarajah, bagaimana  susu dikeluarkan apabila hisapan bayi bermula nyot nyottt.  Heheee.

Af-Fatihah Untuk Adik

Assalamualaikum. Hampir sebulan .. adik pergi tinggalkan kami sekeluarga. Pemergiannya amat dirasai. Jauh di lubuk hati, kami masih memerlukan adik. AturanNya, siapalah kami untuk menghalangNya.. Adik telah pulang ke Rahmatullah . Semoga adik tenang dan damai di sana. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atasnya. Hanya kenangan buat pengubat rindu kami sekeluarga. Doa Cik Sal.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mak , ayah dan adik beradik lain untuk menerima ketentuan ini. Itulah hidup, setiap yang ada di muka bumi sudah tertulis dan tercatat segalanya.. Allah dan aturkan segalanya.. Allahuakbar.. Allah Maha Besar , Lagi Maha Mengetahui.. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas adik... Al-Fatihah..

Tips Menambah Susu Badan

Assalamualaikum.. Istilah    susu    tiada    atau    susu    kurang    , acapkali    sering    didengari..   bahkan    Cik Sal    pun    sering    lontarkan.    Stress    juga    pun    ye    jugak..   Rilek.. Ada caranya.. Kena banyakkan membaca dan bertanya.. Jangan segan bertanya, Nak menyusukan anak, nampak mudah.. Hakikatnya..kita seorang je yang tahu macam mana .Dapat2 plak jika diuji hal sedemikian. Kat bawah ni Cik Sal selitkan tips untuk menambah susu badan iaitu melalui pemakanan , ia boleh bertindak sebagai milk booster /penggalak susu. 1- Pucuk Manis/daun cekur manis Kebiasaannya, Cik Sal masak sayur ni tumis atau masak lemak putih..Waaaa, memang sedap sangat.. Salah satu my peberet ni.. 2- Buah Laici Kalau susah nak jumpa yang fresh, beli je dalam tin..cari yang halal :) Tap...

Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik ~

Assalamualaikum.. Masih lagi berkisar tentang penyusuan susu ibu. Mostly, boleh dikatakan sepanjang kehamilan kita atau para ibu ni mesti eksited nak menyusukan anak dengan susu badan. Walaupun pada awalnya susu badan malu2 nak keluar. Tak semua mengalami perkara yang sama, ada sesetengah tu selepas kelahiran ja laju aje aliran susunya, ada sesetengah plak aliran susu lambat dan kadang2 tak keluar. Sungguh pun begitu. Segala persiapan untuk persediaan penyusuan telah pun kita buat dengan serapi yang mungkin. Bagi yang bekerjaya, disediakan breastpump . Malah yang bergelar surirumah pun turut tidak ketinggalan untuk mencuba sendiri menggunakan pump. Ratanya2 breastpump  banyak membantu dalam memerah susu untuk disimpan sementara para ibu keluar bekerja. Cepat dan jumlah perahan banyak! Tapi ikut jugak, kalau dapat yang tak jaga pemakanan . Agak sukar untuk melancarkan aliran susu. Umum dah tahu susu ibu pilihan terbaik, mudah dan jimat! Khasiat pon berganda2lah banyaknya kan....