Skip to main content

Posts

Berlabuhnya Syawal Meninggalkan Kenangan Manis Buat Kami ~

Assalamualaikum.. Kali  ni nak cerita pasal raya...walaupun raya dah habis. Semalam.. bulan   syawal    dah     selamat     melabuhkan  tirainya. Ingatkan malam tadi nak sambung balik  menulis, asyik terhenti ja.  Tapi, malas tu masih menebal    huhuuu Tapi macam tak lengkap plak, ada cerita tentang Ramadhan    tapi tak diselit plak tentang Syawal. Nak tak nak, kenalah rajin sikit.     Boleh jugak simpan buat kenangan.   Nanti, dah tua boleh baca balik. Hasil menulis yang tak seberapa ni. Kali ni raya tak sama seperti tahun - tahun lepas.   Persiapan pon ala kadar je.  Baju untuk raya pun , kami dah cari sebelum balik ke kampung.   Memandangkan, raya tahun ni di Gemas  jadi temanya warna ungu,  di kampung suami pula pink lembut , dan tema kami 3 beranak biru laut dan hijau. Jadilah kan.. Yang pastinya, bab pilih baju si comel lah yang paling best, coz...

Cara Merawat Demam Bayi / Kanak-Kanak

Assalamualaikum.. Lama sudah tak menulis. Tak tahu nak tulis apa sebenarnya , dan tak ada cerita yang nak dikongsi . Sejak dua menjak ni, tak rajin sangat online. Bila teragak nak online , baru online. Kalau tak, tak adanya lah. Kejap je masa berlalu, hari ni dah 15 syaaban. Masih berbaki 15 hari camtu kita nak sambut puasa. Sebenarnya , Cik Sal dan anak baru je sembuh dari demam. Maklumlah, cuaca sekarang ni pon kejap panas, kejap hujan, pastu redup tapi sangat bahang.. panasnya menyengat .Suhu badan pun seakan-akan turun naik dan naik , tu yang demam tu. Mula-mula Eryna , badannya kejap panas, kejap kang dah okay, kejap kang panas balik.. panik jugaklah dibuatnya. Jadik, malam isnin tu ..Cik Sal rasa dahi  Eryna panasnya tak macam biasa, terus bawa gi klinik. cek suhu 38.5 darjahC..huhuuu, panas ni.. Malam selepas pulang dari klinik tu, Eryna dibekalkan ubat demam ( syrap oren). Sampai je kat rumah, kami pun tak lengah-lengah , terus bagi ubat demam. Sam...

Bagaimana Susu Badan Dihasilkan

Assalamualaikum..   Kali ni nak sambung balik cerita pasal susu ibu. Lupakan dulu, saat tangis sendu yang melanda diri . Kita kasi tambah ilmu yang sejemput ni ni pon dapat dari pamplet yang diberi oleh  pihak hospital sejurus selepas dibenarkan keluar wad. Okay, mesti kita nak tahu kan bagaimana susu ibu ni terhasil? Picit2 je tetiba kuar susu. Ajaibnya.   Kuasa Tuhan. :) Mengikut sains , susu ibu ni dihasilkan oleh kelenjar marmari ibu yang terletak di payu dara. Kelenjar inilah  yang   bertindak   sebagai pengeluar untuk menghasilkan hormon prolaktin dan oktasin.  Susu ibu ni dihasilkan pada  waktu 7 minggu pertama semasa bayi dalam kandungan. Kat bawah ni Cik Sal sertakan sekali gambarajah, bagaimana  susu dikeluarkan apabila hisapan bayi bermula nyot nyottt.  Heheee.

Af-Fatihah Untuk Adik

Assalamualaikum. Hampir sebulan .. adik pergi tinggalkan kami sekeluarga. Pemergiannya amat dirasai. Jauh di lubuk hati, kami masih memerlukan adik. AturanNya, siapalah kami untuk menghalangNya.. Adik telah pulang ke Rahmatullah . Semoga adik tenang dan damai di sana. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atasnya. Hanya kenangan buat pengubat rindu kami sekeluarga. Doa Cik Sal.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mak , ayah dan adik beradik lain untuk menerima ketentuan ini. Itulah hidup, setiap yang ada di muka bumi sudah tertulis dan tercatat segalanya.. Allah dan aturkan segalanya.. Allahuakbar.. Allah Maha Besar , Lagi Maha Mengetahui.. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas adik... Al-Fatihah..

Tips Menambah Susu Badan

Assalamualaikum.. Istilah    susu    tiada    atau    susu    kurang    , acapkali    sering    didengari..   bahkan    Cik Sal    pun    sering    lontarkan.    Stress    juga    pun    ye    jugak..   Rilek.. Ada caranya.. Kena banyakkan membaca dan bertanya.. Jangan segan bertanya, Nak menyusukan anak, nampak mudah.. Hakikatnya..kita seorang je yang tahu macam mana .Dapat2 plak jika diuji hal sedemikian. Kat bawah ni Cik Sal selitkan tips untuk menambah susu badan iaitu melalui pemakanan , ia boleh bertindak sebagai milk booster /penggalak susu. 1- Pucuk Manis/daun cekur manis Kebiasaannya, Cik Sal masak sayur ni tumis atau masak lemak putih..Waaaa, memang sedap sangat.. Salah satu my peberet ni.. 2- Buah Laici Kalau susah nak jumpa yang fresh, beli je dalam tin..cari yang halal :) Tap...